Connect with us
Kool FM

Sukan

Adakah Bersukan Boleh Jejaskan Kesihatan Lelaki?

Ini kerana, urat saraf alat kelamin perempuan dan lelaki terdapat di bahagian kelengkang.

Published

on

Bila bercakap tentang bersukan, ramai yang menganggap satu aktiviti yang baik untuk kesihatan namun, terdapat ura-ura mengatakan sukan juga boleh menjejaskan kesuburan.

Kool Chat pagi tadi bersama Doktor Pakar Andrologi, Dr Ismail Tambi membincangkan isu ini sejauh mana kebenaran fakta ini atau adakah mitos semata?

Menurutnya, masalah kesuburan berpunca dari sukan boleh terjadi apabila individu tersebut terlalu kuat bersukan sehingga menyebabkan badan seseorang itu terasa terlalu penat atau teknik bersukan salah.

via GIPHY

“Kita ambil contoh aktiviti berbasikal. Jika seseorang itu mengayuh basikal terlalu lama sehingga bahagian kelengkangnya terasa kebas akibat tekanan pergerakan dan perkara itu akan menyebabkan masalah kesuburan tidak kira lelaki atau perempuan.

Ini kerana, urat saraf alat kelamin perempuan dan lelaki terdapat di bahagian kelengkang. Jadi, bila bahagian tersebut mengalami tekanan sehingga kebas yang berpanjangan, lama kelamaan perjalanan darah terganggu, sekali menyebabkan gangguan terhadap eraksi,” jelasnya.

Sebenarnya banyak faktor lagi dan untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja disini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement