Connect with us

Semasa & Hiburan

“Saya Tak Suruh Makan Sembunyi-Sembunyi” – Guru Kagum Anak Murid Hormat Rakan Berpuasa

Baru-baru ini tular satu kisah yang dikongsikan oleh seorang guru di sekolah rendah yang menceritakan salah satu  pengalamannya menjaga murid ketika waktu rehat. Apa yang berlaku?

Published

on

Baru-baru ini tular satu kisah yang dikongsikan oleh seorang guru di sekolah rendah yang menceritakan salah satu  pengalamannya menjaga murid ketika waktu rehat. Apa yang berlaku?

Seperti biasa, apabila tiba waktu rehat, guru akan menyuruh murid-murid untuk mengeluarkan bekal makanan dan makan di tempat sendiri mengikut SOP. Sama juga prosesnya semasa bulan Ramadan. Apa yang berbeza adalah murid beragama Islam dan yang berpuasa akan menunggu sehingga waktu rehat tamat manakala yang lain dibenarnya untuk makan seperti biasa.

Baca juga: “Kurang Ajar..” –  Ashraf Muslim Berang Iklan Raya Promosi Judi

Begitulah yang dilakukan oleh seorang guru yang menggunakan nama Syafiq Izwan Kassim di Facebook. Menerusi postingnya, dia berkata bahawa dia telah mengarahkan pelajar bukan beragama Islam untuk mengeluarkan makanan dan makan seperti biasa dan mereka mengikuti arahan tersebut.

Namun, apa yang menarik minatnya adalah seorang pelajar lelaki bukan Islam yang duduk di tepi dinding di hujung kelas. Dia dilihat makan dengan tunduk dan sedikit mengiring menghadap dinding. Sepertinya, dia tidak mahu menarik perhatian dan mengganggu rakannya yang sedang berpuasa.

Cerdik anak ini dan sangat beradab. Tambah guru tersebut, perlakuan yang seperti ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Apatah lagi murid ini masih di sekolah rendah. Bagi anak-anak yang sedang membesar, mereka hanya mengikut dan mempraktikkan apa yang diperlihatkan dan diajar kepada mereka.

Jadi, rasa kagum mula timbul di dalam benak hati guru ini buat murid tersebut dan juga ibu bapa yang mendidiknya. Kata beliau ini adalah hasil daripada didikan yang hebat dan tahap pemerhatian sosial yang tinggi.

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan akhlak dan adab. Contohnya sikap hormat-menghormati antara satu sama lain perlu dipupuk dari awal kerana nilai akan dibawa sehingga dewasa. Jika dewasa tanpa nilai dalam diri, agak sukar untuk membentuknya kembali.

Baca juga: “Puasa Makes The Food Tastes Better..” – Anak Diana Danielle, Muhamad Lebih Menghargai Makanan Di Bulan Ramadan

Sumber: Syafiq Izwan Kassim

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement