Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Sebabnya…

Ini sebabnya…

Published

on

Sakit gigi memang memeritkan dan tidak boleh dibawa main kerana secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada emosi seseorang. Bila sakit gigi, mood kita secara tak langsung juga akan berubah dan mungkin akan menjejaskan aktiviti harian kita. Tapi bila sakit gigi yang terlampau teruk, ia boleh membuatkan kita demam. Jadi kenapa sampai jadi macam tu?

Kebiasaannya, sakit gigi ini memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gigi atau gusi kita. Jika sakit ini diabaikan, ia akan mengganggu tidur, kehidupan seharian amalah pekerjaan kita. Tambahan lagi, jika ia tidak dirawat kerosakkannya akan menjadi lebih teruk. 

Kenapa Sakit Gigi Boleh Buat Kita Demam?

Menurut perkongsian di laman Hello Doktor, jika dalam kalangan bayi, sakit gigi disebabkan pertumbuhan gigi boleh menyebabkan demam ringan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan gigi dalam kalangan kanak-kanak atau orang dewasa tidak sepatutnya membawa kepada demam.

Jika anda demam akibat sakit gigi, ia mungkin menunjukkan bahawa anda mempunyai jangkitan pada gigi atau gusi. Jangkitan yang kerap dijumpai ialah abses gigi atau dikenali juga sebagai poket nanah yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Jadi sekarang baru lah faham yang membuatkan kita demam tu adalah sebab terdapat jangkitan kuman pada gigi atau gusi. Jika tidak dirawat, nanah boleh masuk ke dalam saluran darah serta boleh mengancam nyawa anda! 

Antara Sakit Yang Dialami Akibat Jangkitan Kuman Pada Gigi Atau Gusi

Jika anda mengalami sakit gigi, ini antara komplikasinya:

  • Kesukaran membuka mulut, mengunyah makanan ataupun tidur
  • Sakit gigi berdenyut yang berterusan, juga pada gusi dan rahang
  • Gusi atau pipi di bahagian gigi yang terlibat boleh membengkak
  • Kehilangan gigi atau gigi boleh mati sepenuhnya

Sakit gigi akibat abses gigi tidak akan hilang sekiranya tidak dirawat. Walaupun abses pecah dan rasa sakit gigi semakin berkurangan, anda masih perlu dapatkan rawatan pergigian. Seandainya sistem imun anda lemah, risiko jangkitan boleh meningkat tinggi.

Tip Penjagaan Gigi Sebelum Berjumpa Doktor

Antara amalan penjagaan gigi yang sedang sakit sementara anda menunggu untuk dapatkan khidmat doktor gigi adalah:

  1. Kumur menggunakan air suam.
  2. Gunakan flos gigi untuk buang sisa makanan atau plak yang berada di celah gigi.
  3. Jika sakit gigi semakin teruk, boleh pertimbangkan untuk ambil ubat tahan sakit di farmasi.
  4. Jika sakit gigi disebabkan trauma, anda boleh gunakan kompres sejuk di bahagian luar pipi.

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement