Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Berhati-Hati Tawaran Pakej Pelancongan “Sweet-Sweet”

Hati-hati dengan promosi pakej pelancongan yang murah…

Published

on

Kes penipuan dari scammer yang menawarkan pakej-pakej pelancongan murah bukanlah perkara baru dan bukanlah kes yang berlaku setiap hari. Namun baru-baru ini terdapat pasangan suami isteri yang ditahan oleh pihak polis kerana didakwa memperdaya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah dengan harga promosi. Penipuan oleh pasangan ini dikatakan mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.

Ini antara kes terbaharu dari scammer ejen pelancongan yang mengambil kesempatan semasa orang ramai sedang mencari pakej-pakej pelancongan selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mungkin ramai yang dah lama tak berjalan, jadi terus tertarik dengan tawaran pakej pelancongan yang dilihat murah. Mungkin disebabkan pihak hotel juga kini giat menawarkan pakej promosi sempena PKPP untuk menarik semula para pelancong, maka pakej-pakej promosi yang ditawarkan oleh ejen ini kelihatan munasabah.

Bukan Orang Biasa Je, Artis Pun Jadi Mangsa

Mereka yang menjalankan kerja tidak bertanggungjawab dengan penipuan pakej-pakej pelancongan memang tak kira siapa pun mangsanya sampaikan golongan artis pun terkena juga. Antara artis yang menjadi mangsa adalah Rozita Che Wan yang pernah memuat naik status mengatakan dia sedang mencari ejen yang berurusan dengannya itu.

Menurut Rozita, taktik scammer pakej pelancongan “sweet-sweet” ini cukup bijak dengan membuatkan kita percaya dengan mereka pada kali pertama. Mereka akan membuatkan kita rasa yang mereka ini adalah ejen yang betul. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya jika kita masih menggunakan khidmat mereka, barulah kita akan dijadikan sebagai mangsa. Nasihat Rozita, jangan terlalu percaya dengan pakej promosi dengan harga tidak masuk akal. Selain itu, semak terlebih dahulu dengan hotel berkenaan sama ada pakej dengan harga tersebut wujud ataupun tidak. 

Antara Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Jadi Mangsa Penipuan

Menurut Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Yazid Muhammad Yew, orang ramai sebenarnya boleh menyemak dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) atau Persatuan Ejen – Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sama ada syarikat itu berdaftar ataupun tidak. Selain itu, antara cara lain yang boleh dilakukan adalah:

  • Pengguna perlu bijak menilai sama ada pakej yang ditawarkan munasabah ataupun tidak.
  • Ejen pelancongan yang sah memang mempunyai lesen bersama MOTAC, jadi boleh semak nombor lesen di laman sesawang MOTAC.
  • Jika terdapat keraguan dengan pakej yang ditawarkan ejen, anda boleh buat groundcheck hotel atau tempat yang nak dilawati itu nanti. Biar cerewet asalkan tidak ditipu.
  • Jika syarikat pelancongan tersebut tidak mempunyai ‘travel and tours,’ maka itu maknanya syarikat bukan lah ahli MATTA dan tidak mempunyai lesen MOTAC.
  • Akhir sekali, jangan ambil mudah dengan promosi pekej pelancongan sebab bila dah beri duit memang susah untuk dapatkan kembali.

Menurut Muhammad Yazid lagi, musim PKPP ini sememangnya musim scammer mencari peluang untuk menipu golongan yang sedang mencari pakej-pakej murah. Tambahannya lagi, ejen-ejen yang berdaftar dan melanggar peraturan atau didapati menipu akan dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej percutian yang dilihat ‘too good to be true.

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement