Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Bahaya Kongsi Nombor Akaun Bank Sewenangnya, Data Peribadi Boleh Diceroboh!

Kena sentiasa berhati-hati!

Published

on

Dalam dunia yang semakin tertumpu kepada pengumpulan data, kita sebenarnya perlu lebih peka terhadap keselamatan data peribadi kita. Jika ia diperolehi oleh pihak yang salah, berkemungkinan ia akan digunakan bagi tujuan jenayah siber, dan antara maklumat yang boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah nombor akaun bank kita.

Data Peribadi Boleh Diceroboh!

Kalau anda nak tahu tindakan meletakkan nombor akaun secara public boleh mendedahkan anda kepada bahaya jenayah siber. Nombor akaun bank kita sebenarnya merupakan sebahagian daripada data peribadi kita. Lagi bahaya kalau kita kongsikan sekali dengan nombor telefon dan alamat emel kita. Ia akan mendedahkan kita kepada risiko penipuan atas talian seperti scammer dan pancingan data. Maklumat-maklumat ini boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk memecah masuk ke dalam akaun bank anda.

Tambahan lagi, maklumat peribadi yang kita kongsikan di media sosial ini boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk menyamar menjadi diri anda dan membuat panggilan ke bank. Ataupun mereka boleh gunakan maklumat peribadi kita itu untuk menyamar sebagai diri kita dan menipu kenalan-kenalan kita pula. Antara trend terkini adalah berkongsikan nombor akaun bank secara public di media sosial. Mungkin tujuan asal hanya sekadar meminta bantuan dan sebagainya, tetapi ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya. 

Amalkan Keselamatan Di Alam Siber

Apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berhati-hati dengan maklumat peribadi kita seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan juga alamat rumah. Kalau perlu, hanya beri maklumat kita kepada orang tertentu sahaja dan jangan post secara public. Selain itu, kita juga perlu berhati-hati semasa berkongsi gambar di media sosial. Penjenayah siber boleh menggunakan maklumat yang ada dalam gambar tersebut untuk melakukan ‘aktiviti’ jenayah mereka. Apa-apa pun kena sentiasa beringat sebelum kita kongsikan maklumat yang dikira peribadi di media sosial.

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement