Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Apa Yang Menarik Dalam Tangisan Kita?

Ini fakta-fakta yang menarik tentang menangis…

Published

on

Tangisan kebiasaannya akan dikaitkan dengan emosi sedih, tetapi boleh juga dikaitkan dengan kegembiraan. Menangis ini dilihat unik kerana boleh mewakili dua emosi yang berbeza. Selain itu, menangis juga sering dikaitkan dengan wanita berbanding kaum lelaki. Mungkin hati lelaki sedikit ‘keras’ berbanding wanita. Walau bagaimanapun, terdapat fakta-fakta yang menarik di sebalik tangisan kita yang mungkin ramai tak tahu.

Hidung Tersumbat Bila Menangis

Setiap kali kita menangis, hidung kita pasti akan tersumbat. Kalau nak tahu, ia sebenarnya berpunca daripada kelenjar lakrimal yang terletak di bahagian luar mata atas. Kelenjar yang berbentuk seperti kulit kacang ini berfungsi untuk mengeluarkan air mata.

Sebilangan besar air mata akan mengalir ke permukaan mata dan membentuk titisan air mata, dan melalui saluran air mata ia menuju juga ke rongga hidung. Jadi bila anda menangis dan mengeluarkan air mata yang banyak, maka air mata tersebut akan turut mengalir ke rongga hidung dan mula keluar juga dari hidung.

Terdapat Tiga Jenis Air Mata

Menurut satu kajian, titisan air mata terbahagi kepada basal tears, reflex tears, dan juga titisan air mata emosi. Basal tears merupakan jenis air mata yang keluar secara semula jadi untuk membersihkan dan membasahkan mata kita dari kekotoran. Ia juga bertujuan untuk memberikan kita penglihatan yang lebih baik. Reflex tears pula jenis air mata bila mata kita sakit seperti sakit terkena cili atau bawang, dan emotional tears adalah air mata bila kita menangis kesedihan.

Ada Tangisan Yang Baik Dan Juga Tidak Baik

Mungkin anda antara yang bersetuju mengatakan tangisan kesedihan akan membuatkan kita berasa lega dan lepas dari kesedihan yang dialami. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa seseorang yang menangis dan dalam masa yang sama mendapat sokongan moral dari orang sekeliling akan berasa lega dan mendapat impak positif daripada tangisan tersebut. Itu adalah jenis tangisan yang baik.

Manakala jenis tangisan yang tidak baik adalah seperti mereka yang mempunyai masalah mental health seperti kemurungan. Menurut kajian, mereka yang tidak mampu untuk meluahkan perasaan akan berasa lebih teruk selepas menangis.

Kenapa Ada Yang Lebih Mudah Menangis Berbanding Yang Lain?

Memang ada golongan yang mudah tersentuh dan menangis berbanding yang lain. Terdapat kajian menunjukkan mereka yang mempunyai empati yang tinggi terhadap kesusahan orang lain akan lebih mudah dan kerap menangis berbanding mereka yang hatinya keras. Manakala orang yang mudah cemas lebih kerap dan lebih mudah menangis daripada orang lain.

Air Mata Boleh Menjana Kuasa Elektrik?

Lysozyme adalah sejenis enzim yang terdapat pada air mata manusia, putih telur, air liur, dan juga susu mamalia. Apabila ia ditukarkan menjadi kristal, ia menunjukkan potensi untuk menjana tenaga elektrik. Tenaga ini dihasilkan oleh bahan-bahan tertentu di bawah tekanan, dan salah satu contohnya ialah kristal kuarza. Menarik juga penemuan ni. Lepas ni bolehlah anda nyalakan lampu rumah menggunakan air mata je.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement