Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

4 Hotel Yang Dikatakan Berhantu Di Malaysia

Agaknya anda pernah tidur hotel ni tak?

Published

on

Di Malaysia terkenal dengan kisah seram atau mistik dan sudah pasti ia akan menarik minat segelintir orang kita. Bukan hanya drama dan filem seram, ada juga bebenang cerita seram di Twitter atau mana-mana sosial media dan ada pengalaman tersendiri. Namun, tidak semua orang selesa melihat atau mendengar kisah-kisah seram tetapi kali ini kami mahu sajikan istimewa kepada anda yang meminati kisah seram yang berkaitan hotel di Malaysia.

Setidaknya satu dari 5 orang rakan anda pasti ada cerita seram masing – masing yang nak dikongsikan bila sebut tentang ‘hotel berhantu’. Menurut kepercayaan, kebiasannya hotel adalah tempat kesukaan hantu kerana ia dilihat lebih sesuai disebabkan banyak bilik kosong dan ada juga bilik yang lama ditinggalkan tidak berpenghuni. Jadi, ada ‘penghuni’ lain tumpang. Uuuu…

Berikut kami kongsikan beberapa ‘cerita lagenda’ berkenaan hotel yang dikatankan seram di Malaysia. Kami tak pasti kebenarannya dan perlu diingatkan penulisan ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan imej hotel – hotel di bawah ya. Anda boleh baca sekadar bacaan ringan.

Hotel Mandarin Pacific, Kuala Lumpur

A Village In Indonesia 'Hired' Several 'Hantu Pocong' To Scare People Into Staying Home | Lifestyle | Rojak Daily

Hotel ini terletak di Jalan Sultan, ditengah bandar Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan sebuah hotel yang mempunyai 144 buah bilik dan terbahagi kepada 3 iaitu Standard, Deluxe dan Superior. Antara kisah seramnya ada menceritakan tentang kisah seorang tua yang meninggal di salah sebuah bilik di hotel ini. Ketika ditemui, mayatnya telah mulai busuk dan selepas penemuan itu, mulalah pelbagai kisah mistik di sini. Ramai tetamu merungut dan membuat aduan tentang perabot yang dialihkan selain pintu bilik diketuk pada waktu malam. Selain itu, ada juga tetamu yang mendengar bunyi lantunan guli pada lantai. Disebabkan insiden ini, pihak pengurusan hotel tidak buka bilik yang dimaksudkan untuk tetamu.

Corus Paradise, Port Dickson

Sejarah 10 Hantu Terseram di Indonesia

Corus Paradise merupakan resort yang akan dituju oleh mereka yang mahukan pemandangan yang cantik kerana kedudukan hotel berkenaan. Menurut tetamu, ada yang terhidu bau – bauan yang kurang menyenangkan selain mereka menjumpai ‘tanda air’ pada dinding bangunan seakan – akan resort ini pernah dilanda banjir. Jika tengok gambar – gambar cantik resort ini, kesemua bangunan kelihatan meriah dan ‘hidup’ namun disebaliknya salah satu daripadanya sebenarnya kosong, tiada lampu pada waktu malam dan warna cat yang sudah pudar.

Tambun Inn, Ipoh

Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar? | Harian Metro

Tambun Inn merupakan salah sebuah hotel atau penginapan pilihan di Ipoh. Bangunan setinggi 3 tingkat ini hanya 5 kilometer dari lapangan terbang dan lokasinya berdekatan dengan kawasan perumahan dan juga sebuah tanah perkuburan cina.  Antara kisah seramnya paling banyak dikongsikan adalah ada yang ‘bermain’ dengan lampu. Selain lampu, ada juga yang mendakwa terdengar bisikan – bisikan halus terutamanya ketika tidur. Menurut cerita lama, ada mahkluk ‘hijau’ berkeliaran di tingkat 3 dan kalau anda buat pencarian, hotel ini akan berada dalam banyak ‘senarai top-10’ tempat paranormal di Malaysia.

First World Hotel, Genting Highlands

3 Versi Kisah Hantu KumKum Yang Pernah Gemparkan Malaysia Suatu Ketika Dahulu - ODISI

Kalau sebut Genting Highlands, biasanya kita akan dengar banyak cerita seram dari Amber Court dan jarang dengar dari hotel First World yang merupakan hotel paling besar di dunia ini dengan 7,351 buah bilik. Selain mendapat gelaran hotel paling besar di dunia berdasarkan jumlah bilik, First World Genting juga dikatakan hotel paling berhantu di dunia! Disebabkan ramai tetamu adalah mereka yang pergi ke kasino, menurut cerita lama, hotel ini merupakan pilihan mereka yang kalah judi untuk membunuh diri. Ada yang mendakwa melihat kelibat terjun dari bilik, terjun dari tebing dan hilang di udara, ada yang mendakwa terjumpa kelibat di koridor hotel dan ada yang ternampak ia terbang di tingkap – tingkap. Menurut cerita lama, keseluruhan tingkat 21 hotel ini sememangnya keras dan berpenunggu dan ini dikuatkan lagi dengan cerita tiada orang yang pernah sampai di tingkat 21 kerana lif tidak mahu berhenti disana.

Fuh! Seram ya.. Ada antara anda yang pernah bermalam di salah satu daripada hotel ini? Penulis sendiri pernah menginap di Corus Paradise namun tak pulak berdepan dengan cerita – cerita yang dinyatakan. Anda pula bagaimana?

 

 

Baca juga artikel menarik:

Terserempak Lembaga Misteri Dalam Rumah! Lelaki Ini Buat Keputusan Pindah Rumah Terus…

5 Bandar Tidak Lagi Berpenghuni…

 

 

 

 

Sumber: Verst

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement