Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Wanita Zaman Pertengahan Yang Suka ‘Membawang’ Terima Hukuman Scold’s Bridle

Siap kena ludah.. takutnya!

Published

on

Bila geng wanita sudah berkumpul, apa lagi kita buat? Semestinya kongsi cerita.. betul tak? Atau lebih juga dikenali sebagai membawang! Kadang kala bukanlah kita membawang benda bukan-bukan betul tak para wanita? Hihi.. Dari zaman pertengahan sehingga ke zaman teknologi kini, para wanita masih lagi suka bersembang atau membawang.

Zaman sekarang jika seseorang wanita itu membawang, tidak ada tindakan akan dikenakan. Walau bagaimanapun, wanita-wanita Zaman Pertengahan berhadapan dengan hukuman dera yang tersangat dahsyat dikenali sebagai Scold’s Bridle.

Untuk pengetahuan anda, Scold’s Bridle diperbuat daripada beberapa jalur besi yang mengelilingi muncung besi yang akan dililitkan pada wajah wanita seakan topeng. Manakala sepotong besi kecil dikenali sebagai “kekang” akan diletakkan di dalam mulut wanita dan akan menekan lidah untuk menghalang mereka bercakap.

Ada juga sesetengah kekang mempunyai paku di mana ia akan menusuk lidah sekiranya wanita berkenaan cuba untuk bercakap. Seram ke tidak para wanita?

Para suami akan diberi tanggungjawab untuk memasang Scold’s Bridle untuk memberikan pengajaran jika dia tahu isterinya terlibat dalam perbualan gosip. Seterusnya, jika isteri masih berdegil si suami akan memasangkan tali pada topeng muka isterinya dan membawa isterinya keluar berjalan-jalan di bandar bertujuan menambahkan keperitan hukuman tersebut. Ada juga sesetengah suami akan menggalakkan orang ramai mengeji atau meludah pada isterinya.

Perkataan ‘Scold’ membawa maksud menghina seseorang yang dilihat. Manakala ‘Bridle’ pula berasal dari penutup kepala yang dipakai oleh kuda.

Menjelang penhujung abad ke-16, hukuman Scold’s Bridle semakin kurang popular. Tidak pasti sama ada wanita-wanita pada zaman tersebut kurang membawang atau mereka telah jumpa hukuman yang lebih berkesan.

Nasib baik di Malaysia tiada hukuman aneh seperti ini. Kalau tidak pasti ramai geng makcik dan pakcik bawang tak ada job dah.. opps! Pada pendapat anda, macam mana kita nak kurangkan geng membawang yang makin aktif sekarang ini?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

Cho Doo-Soon – Penjenayah Pedofil Paling Kejam Bakal Dibebaskan Hujung Tahun Ini!

 

Sumber: Museum of Witch Craft and Magic

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement