Connect with us
Kool FM

Semasa

Wanita Ini Cuba Dapatkan Restu Ibu Bapa Selama 10 Tahun!

Dalam pada masa yang sama, seorang pendengar Kool Talk pagi tadi berkongsi pengalamannya bersama AG, Haiza dan Muaz tentang perkahwinan yang berjaya didirikan selepas 10 tahun berusaha mendapatkan restu keluarga.

Published

on

“Redha Allah terletak pada kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua,” – HR Tabrani dari Ibnu Umar.

Jelas disini menunjukkan restu ibu bapa amat penting malah tuntutan Rasulullah SAW juga sunnah untuk mendapatkan restu, berkat dan redha dari kedua orang tua kita.

Kami juga yakin, pasti ada segelintir daripada kita menghadapi situasi ini. Jadi, Kool Talk pagi ini membawakan isu ini bersama YB Ustaz Zamri untuk menjelaskan isu ini bagi sudut pandang Islam.

Menurutnya, sebanyak 82 peratus punca penceraian disebabkan pasangan gagal mendapat restu dari ibu dan ayah kerana sesebuah institusi keluarga perlu dapatkan doa dari ibu bapa untuk mengecap kebahagiaan.

8 Cara Memastikan Keluarga Bahagia Dari Pelbagai Aspek - Ceriasihat

Dalam pada masa yang sama, seorang pendengar Kool Talk pagi tadi berkongsi pengalamannya bersama AG, Haiza dan Muaz tentang perkahwinan yang berjaya didirikan selepas 10 tahun berusaha mendapatkan restu keluarga.

“Mula-mula lepas sekolah tu memang mak ayah saya berkeras tapi saya pun tak ada boyfriend dalam tempoh yang lama walaupun dipaksa untuk mencari dekat universiti.

Saya pun bukan tak cuba putuskan hubungan dengan dia tapi lepas tiga hari, kami berhubung semula sampailah satu tahap tu dia datang jumpa keluarga saya banyak kali sebab nak dapatkan persetujuan,” ceritanya panjang lebar.

Untuk dengarkan lebih terperinci, klik saja di sini.

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement