Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Boleh Ke Beli Rumah Di Waktu Pandemik Ni?

Dia turut membuat perkongsian beberapa cara memilih jenis rumah dengan baik.

Published

on

Bercakap tentang pembelian rumah pasti ada yang memikirkan hanya golongan yang mempunyai duit banyak saja boleh memiliki rumah kediaman sendiri, selebihnya menyewalah sehingga ke anak cucu.

Namun menurut Pensyarah Kanan UiTM Seri Iskandar Perak Dan Perunding Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, sebenarnya duit bukan satu keutamaan dalam membeli rumah tapi strategi menguruskan duit kerana tidak kira berapa pun gaji seseorang, semua orang boleh membeli rumah mengikut syarat.

Sumber: facebook

“Jangan kata gaji lebih tiga ribu baru layak membeli rumah kerana sekarang ni kerajaan banyak memperuntukkan untuk mereka yang bergaji rendah seperti Rumah Selangorku, PPA1M dan banyak lagi untuk kemudahan rakyat dalam pembelian rumah,” jelasnya.

Malah, dia turut membuat perkongsian beberapa cara memilih jenis rumah dengan baik iaitu jarak rumah dengan tempat kerja tidak melebihi kurang dari satu jam, elakkan membeli rumah jenis studio house dan mampu membuat pembayaran rumah setiap bulan sebanyak 35% daripada gaji.

Sumber: cariangoogle

Dalam pada masa sama juga, dia turut mengingatkan kepada orang ramai tentang bagaimana untuk mengetahui bila waktu sesuai untuk kita semua membuat pembelian rumah.

  1. Sudah bersedia untuk membuat hutang 30-40 tahun ke depan.
  2. Mempunyai pekerjaan yang stabil. Pastikan kawangan syarikat kukuh dan bayar gaji pada waktunya.
  3. Fikirkan sama ada gaji stabil atau tidak.
  4. Jangan ikut orang tapi lihat pada duit simpanan kita.
  5. Beli rumah dengan harga yang sesuai dengan gaji.

Bila ditanya adakah waktu pendemik ini sesuai atau tidak, Dr. Azizul menjawab memang sesuai kerana rumah adalah keperluan asas seperti makanan dan pakaian yang kita perlukannya pada setiap hari.

Kesimpulannya, elakkan membeli rumah semberono kerana rumah adalah aset penting. Selidik terlebih dahulu sebelum benar-benar buat keputusan untuk membeli rumah.  Dengarkan perbualan AG, Haiza dan Muaz di Kool FM mengenai topik ini selanjutnya di SINI. 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran rumah teres

6 rumah kedai di Umbai terbakar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement