Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Wajarkah Kesalahan Siber Diklasifikasikan Sebagai Kesalahan Jenayah?

Udang-udang perlu diwujudkan bagi mengekang jenayah siber…

Published

on

Itulah persoalan yang mula disuarakan semenjak media sosial menjadi medan yang semakin mudah untuk menyebarkan berita yang tidak benar. Baru-baru ini laman sosial agak kecoh dengan berita berkaitan Neelofa yang dikatakan sedang mencari titik penyelesaian dalam hubungannya bersama Haris Ismail. Banyak cerita-cerita yang agak kontroversi dan tidak benar yang lahir daripada isu Neelofa itu. Bagaimanapun, cerita-cerita berbaur kontroversi itu akhirnya telah dinyatakan tidak benar oleh Neelofa sendiri.

Jadi di mana titik penyelesaian untuk menghentikan budaya penyebaran kisah tidak benar dan buli siber ini? Mungkin ada di antara kita yang melakukannya sebab nak raih perhatian dan berasa teruja apabila mendapat likes yang banyak. Namun, kesannya adalah kepada mangsa itu sendiri sehingga boleh menyebabkan kemurungan. Twitter Jabatan Penerangan Malaysia juga ada membuat kutipan pungutan suara dan mendapati 89% pengamal undang-undang mahu buli siber dikategorikan sebagai jenayah.

Skop Jenayah Siber Tidak Terhad Di Media Sosial Sahaja

Dalam pada itu, Dr. Mahyudin Daud, Pensyarah Kanan Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut menyuarakan pendapat berhubung isu ini. Menurut beliau, jenayah siber tidak tertakluk kepada media sosial sahaja kerana melalui Whatsapp atau kandungan yang dimuat naik di laman web juga boleh berlakunya jenayah siber. Jadi skopnya tidak terhad di alam maya.

Sebagai makluman, jenayah siber seperti pengondaman telah pun diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah oleh parlimen. Ia merupakan satu perbuatan yang mengancam keselamatan awam, jadi perbuatan dan niat jenayah itu jelas. Bagi isu atau kesalahan yang lebih bersifat sivil, ia tidak semestinya diklasifikasikan sebagai jenayah. Di malaysia kita mempunyai beberapa undang-undag yang berkaitan dengan dunia siber, Namun Mahyudin berpendapat masih ada ruang-ruang yang perlu ditambah baik, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Mungkin ada antara kita yang masih ingat penggunaan media sosial pada 15 tahun lepas yang mana tidak ramai pengguna yang ada di laman sosial berkenaan. Kemudian sekitar tahun 2005 dan keatas, dengan kemudahan internet yang dapat dinikmati oleh ramai orang, pengguna media sosial juga semakin meningkat. Maka isu-isu seperti fitnah, penipuan dan scam juga semakin berleluasa, sehinggalah yang terkini banyak isu berkaitan buli siber dan penerbitan berita palsu. Bila isu seperti ini semakin berleluasa, orang awam pula merasakan undang-undang sedia ada tidak cukup untuk mengekang perbuatan tersebut.

Akan Datang Mungkin Fitnah ‘Siber’ Akan Lebih Dasyat Lagi…

Kehadiran teknologi sekarang semakin menyeramkan jika tiada undang-undang yang mengawal perlakuan jenayah melaluinya. Sampaikan sekarang ada pihak yang boleh memanipulasi video yang dikenali sebagai ‘deep fake’ sehingga membuatkan ramai percaya ia adalah video tulen. Jadi, untuk masa akan datang tidak boleh dijangkan apa yang akan dilakukan lagi oleh penjenayah-penjenayah sivil ini.

 

Bagaimanapun, menurut Mahyudin, terdapat juga golongan yang melakukan buli siber tanpa mereka sedar ia merupakan satu kesalahan. Contohnya seperti kanak-kanak atau remaja yang pada asalnya hanya suka-suka. Namun ada juga golongan dewasa yang melakukannya bagi motif-motif tertentu. Jadi jika undang-undang khas jenayah siber dikuatkuasakan, siasatan terperinci perlu dilakukan.

Menurutnya lagi, mereka yang melakukan jenayah siber yang jelas tetap akan dijatuhkan hukuman jika disabit kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Contohnya jika anda diganggu berulang kali di laman sosial, dimanipulasi atau diperas ugut, jika dilihat dari sudut undang-undang secara umum, ia sudah dikira sebagai satu kesalahan. Jika dituduh di mahkamah, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau pun denda, atau kedua-duanya sekali.

Namun, Mahyudin berkata undang-udang khusus kepada gangguan sivil secara siber ini belum ada. Bagaimanapun, usaha untuk menggubal undang-undang ini sedang diusahakan.

Kesalahan Di Alam Maya Masih Guna Peruntukan Undang-Undang Sedia Ada

Walaupun tiada undang-undang khusus jenayah siber, namun ada juga undang-undang yang mana kita lihat hampir dengan buli siber. Contohnya dalam kanun keseksaan sendiri terdapat peruntukan yang mana melarang kita membuat komunikasi berbentuk tidak senonoh, serangan seksual, atau ancaman jenayah. Selain itu, kita juga mempunyai peruntukan dalam Akta Komunikasi yang melarang penerbitan bahan yang lucah, atau menyesatkan. Ia dikira sebagai satu kesalahan jenayah.

 

Jadi, buat masa sekarang, sebarang perlakuan jenayah secara siber yang mana ia menepati elemen-elemen jenayah, maka ia boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah. Bagaimanapun, peruntukan undang-undang yang khusus tetap perlu diadakan, seperti mana yang dilakukan oleh negara jiran kita, Singapura yang menguatkuasakan undang-undang Anti Buli Siber sejak tahun 2014.

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Sejarah Dan Asal Usul Kepulauan Orang Melayu Di Australia

‘Husband Tak Cakap Pun Harga RM45k++’ – Kantoi Basikal Sama Harga Dengan KJ

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement