Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Virus COVID-19 Mampu Hidup 9 Jam Atas Permukaan Kulit. Teruskan Ikut Cara Betul Basuh Tangan Ini

Pastikan anda kerap membasuh tangan dengan langkah yang betul…

Published

on

Kita semakin menghampiri tempoh kritikal dalam menangani gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini. Angka kes jangkitan harian juga masih belum nampak penurunan. Dalam pada itu, saintis di Jepun pula mendapati virus COVID-19 boleh  hidup sehingga sembilan jam di permukaan kulit manusia, sekali gus meningkatkan risiko dijangkiti virus berkenaan.

Menurut laporan, daya tahan virus COVID-19 lebih tinggi berbanding virus Influenza A, sekali gus akan meningkatkan penyebaran pandemik itu. Dengan penemuan terbaharu ini, ia menguatkan lagi penekanan tentang kepentingan membasuh tangan sekerap yang mungkin. Jadi, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu tahu langkah yang betul untuk basuh tangan dengan lebih efisyen. Terdapat tujuh langkah yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu:

#1.  Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.

#2. Gosok tapak tangan.

#3. Gosok setiap jari dan celah jari.

#4. Gosok kuku di tapak tangan.

#5. Gosok belakang tangan.

#6. Basuh tangan dengan air secukupnya.

#7. Keringkan tangan dengan kain bersih.

Membasuh tangan ini bukan hanya sebelum makan je ye. Anda juga perlu basuh tangan sebelum menyediakan makanan, selepas keluar dari tandas, selepas menziarahi orang sakit, dan juga selepas batuk atau bersin. Jika rasa dah terpegang benda kotor tu bolehlah terus basuh tangan dengan menggunakan sabun.

Selain itu, hasil penyelidikan saintis di Jepun itu juga mendapati virus COVID-19 dan virus selesema menjadi tidak aktif dalam tempoh 15 saat apabila diletakkan etanol yang digunakan pada cecair pembasmi kuman. Jadi, pastikan juga anda membawa cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk digunakan semasa ketiadaan air dan sabun basuh tangan. Namun, anda perlu ingat membasuh tangan adalah lebih efisyen menghapusan kuman yang ada pada tangan. Dengan itu, basuhlah tangan dengan lebih kerap bagi mengelak jangkitan COVID-19.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

Pandemik COVID-19 Didik Ramai Orang Buat Perancangan Kewangan Yang Baik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement