Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

[VIDEO] Hati-Hati! Polis Dedah Modus Operandi Sindiket Godam Aplikasi Yang Menyamar Jadi Diri Kita

Macam-macam modus operandi dari scammer ni untuk menipu kita. Ambil tahu perkara ini dan ambil langkah keselamatan!

Published

on

Macam-macam sindiket penipuan yang ada sekarang ni untuk menipu mangsa dengan niat mendapatkan wang mudah hasil penipuan. Modus operandi juga berubah dari semasa ke semasa demi mengaburi mata pihak berkuasa. Jadi memang sudah menjadi tanggungjawab kita juga untuk cakna terhadap modus operandi sindiket-sindiket ini agar tidak menjadi mangsa scammer

Melalui perkongsian video Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kormesial (BSJK), ASP Rahmat Fitri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, terdapat sebuah sindiket yang menyamar sebagai pemilik sebenar akaun untuk menipu rakan-rakan mangsa bagi mendapatkan sejumlah wang.

Rahmat mendedahkan bagaimana modus operandi scammer yang menyamar sebagai rakan kita, memperdaya kita sehingga segala maklumat peribadi kita berada di tangan scammer tersebut. Menurut Rahmat, sejak kebelakangan ini terdapat ramai yang mana aplikasi WhatsApp di telefon bimbit mereka telah digodam oleh sekumpulan scammer

Menyamar Jadi Diri Kita Untuk Pinjam Duit Dari Rakan-Rakan

Modus operandinya bermula apabila kumpulan sindiket ini berjaya menggodam aplikasi WhatsApp mangsa dan mencuri senarai nombor telefon yang ada di dalamnya. Kemudian, scammer tersebut akan menyamar menjadi mangsa dan menghubungi nombor-nombor tersebut. Mereka akan memperkenalkan diri menggunakan identiti mangsa, dan akan cuba memperdaya rakan-rakan atau saudara mara mangsa untuk meminjam duit. 

Menerusi video tersebut, Rahmat menyatakan dia kebetulan menerima satu mesej daripada kumpulan scammer tersebut dan terus berkongsi cara modus operandi sindiket itu berjalan. 

Rahmat kemudian menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang respon sekiranya menerima mesej sebegitu. Sekiranya perlu, padam dan sekat nombor terbabit agar anda tidak lagi menerima mesej itu. Katanya, sindiket tersebut akan menggunakan handphone yang lain dan akan mendaftarkan nombor telefon anda, yang mana mereka akan membuat permohonan seolah-olah WhatsApp anda bertukar ke handphone yang lain. 

Jangan Serahkan Nombor Kod Sekiranya Diminta

Tambahnya lagi, jangan serahkan apa-apa butiran atau nombor kod yang diterima itu kepada sesiapa yang menghubungi anda selepas itu. Jelasnya, kumpulan sindiket itu akan menghubungi anda dengan meminta nombor kod yang anda terima tadi, seolah-olah mereka tersalah hantar. 

Jika kumpulan sindiket ini berjaya dapatkan nombor kod tersebut, mereka akan mengawal segala maklumat yang ada dalam aplikasi WhatsApp anda. Pada ketika itu, mereka boleh menggunakan identiti anda dan memperkenalkan diri kepada rakan-rakan atau saudara mara anda untuk meminjam duit. 

Dalam pada itu, Rahmat turut ajarkan langkah keselamatan yang boleh kita lakukan terhadap aplikasi WhatsApp kita dengan melakukan langkah ‘two-step-verification.’ Semoga perkongsian ini dapat elakkan diri kita daripada menjadi mangsa sindiket godam aplikasi, dan jangan lupa lakukan langkah keselamatan yang telah dikongsikan.

Baca juga artikel menarik lain:

“Tak Tenang Tengok Dah Berbaik?” – Stalker Buat Fake Akaun Ganggu Hidup Puteri Liyana & Ibu Mentua

Tabiat Tak Bermoral Dapat Dihidu Mangsa, Polis Tangkap Suspek Rakam Punggung Wanita

 

 

 

 

Sumber daripada: Facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement