Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online

“Semoga menjadi asbab kebaikan.-Ebit Lew”

Published

on

Luar biasa! Itu yang boleh kita gambarkan tentang semangat Ustaz Ebit Lew dalam membantu mereka yang memerlukan.

Baru sahaja ibu bapa berkongsi masalah tentang kekurangan yang mereka hadapi dalam melengkapkan sesi pembelajaran secara online di rumah, terus usaha membantu disalurkan. Manakan tidak, jika sebuah keluarga mempunyai sehingga 2 atau 3 orang anak yang perlukan alat elektronik untuk belajar secara online, dan ibu bapa pula perlu bekerja mencari rezeki, sudah tentu ia menyukarkan proses anak-anak untuk belajar dan menimba ilmu.

Perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew di ruangan facebook nya mendapat ribuan komen dan puluhan ribu likes kerana ramai terharu dan menyokong usaha beliau.

Pohon doakan yer, Baru beli 100 Tab untuk hadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.-Ebit Lew.”

 

Sungguh mulia hati beliau dan moga bantuan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa serta memudahkan urusan pembelajaran anak-anak muda.

 

 

Baca juga:

“Tadi Makan, YDPA Agong Disuapkan Permaisuri Raja.” Ebit Lew Terharu Agong Sempat Belanja Makan

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di FB….”Ebit Lew Ajar Keluarga Penjual Buah Ucap Syahadah

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement