Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Usah Menolak Bekas Banduan, Perbetul Persepsi Masyarakat Terhadap Mereka

Beri peluang dan hapuskan persepsi negatif.

Published

on

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita bermasyarakat ini tentu ada golongan yang baik dan juga yang melakukan jenayah. Mereka yang telah dijatuhkan hukuman selepas disabit kesalahan akan dimasukkan ke dalam penjara. Dari situ pula, persepsi masyarakat di luar sebenarnya sudah terbina terhadap mereka dengan persepsi-persepsi yang negatif. Namun, adakah selepas mereka keluar juga persepsi negatif yang terbina itu kekal dalam masyarakat? Hal seperti ini lah yang menjadi kerisauan pegawai-pegawai dalam penjara yang dilihat lebih hampir dengan banduan-banduan ini.

Dato’ Haji Abdul Aziz Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan) Jabatan Penjara Malaysia ada berkongsikan pandangan beliau tentang persediaan banduan sebelum keluar dan penerimaan masyarakat. Menurutnya, perkara ini tentunya menjadi kerisauan selepas seseorang banduan itu selesai menjalani hukuman dan sedia kembali bermasyarakat.

Peranan Utama Jabatan Penjara

Bagi masyarakat umum yang tidak pernah ke penjara dan tidak tahu bagaimana keadaan di dalam, tentu apa yang dibayangkan adalah seperti yang dilihat di dalam filem atau drama. Banduan-banduan hanya dikurung di dalam sel masing-masing dan menghitung hari untuk keluar dari situ. Tetapi sebaliknya, peranan utama penjara, terutamanya di Malaysia, adalah untuk memulihkan banduan-banduan ini untuk menjadikan mereka sebahagian masyarakat yang berguna.

Menurut Abdul Aziz, program pemulihan yang ada melalui sistem parol dan selia ini diambil dari Australia. Namun, ia disesuaikan mengikut acuan yang sesuai di Malaysia. Jadi sudah tentu program pemulihan yang ada di Malaysia sedikit berbeza dari negara luar. Tetapi elemen kemanusiaan yang dicontohi itu lah yang dipegang bagi membimbing semula banduan-banduan ini ke jalan yang lurus.

Penting Untuk Buang Persepsi Negatif

Dalam masa yang sama, beliau juga akui halangan terbesar buat pegawai-pegawai penjara adalah persepsi masyarakat di luar sana terhadap banduan-banduan. Menurut Abdul Aziz, sekiranya masyarakat gagal menghakis persepsi negatif, maka kebarangkalian untuk mereka kembali melakukan kesilapan lampau adalah tinggi. Selain itu, beliau yakin perjalanan pemulihan yang dilalui oleh banduan-banduan ini adalah langkah terbaik untuk mengembalikan mereka ke dalam masyarakat dalam keadaan yang ‘bersih.’ Menurutnya, bekas banduan juga adalah sebahagian daripada masyarakat.

Selain itu, keistimewaan banduan-banduan ini adalah mereka juga menerima latihan bengkel dan kemahiran. Ini adalah untuk persediaan apabila keluar nanti mudah untuk mendapatkan kerja kerana sudah mempunyai kemahiran yang diperlukan. Ada juga antara bekas banduan yang sudah mula bekerja dalam industri pembinaan. Jadi ini lah apa yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia sepanjang proses pemulihan banduan-banduan. Secara tidak langsung, menurut Abdul Aziz, ia akan mengurangkan penggunaan buruh kasar dalam industri tersebut.

Nasihat Daripada Bekas Banduan Sendiri

Antara perkongsian dan nasihat daripada banduan yang memegang status Orang Yang Diselia (ODS) yang dikenali sebagai Abang Sham, buat mereka yang tidak pernah masuk ke dalam penjara, usah lah mempunyai niat untuk masuk ke dalamnya. Dalam masa yang sama juga, sekiranya sudah terlanjur melakukan kesilapan dan dimasukkan ke dalam penjara, patuh lah kepada bimbingan yang diberikan pihak penjara untuk kebaikan diri sendiri. Tambahannya lagi, banduan-banduan hanya lah insan biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

Akhir sekali dari pihak jabatan penjara, mengembalikan bekas banduan ini ke jalan yang benar adalah tanggungjawab bersama masyarakat. Semoga mereka dapat dibimbing menjadi manusia berguna kerana banduan juga merupakan seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Kisah Seorang ‘Pembunuh Bersiri’ Menjadi Penyanyi

Disebabkan Dendam Kerana Didera Ibu Bapa, Lelaki Ini Menjadi Pembunuh Bersiri!

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement