Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tumit Merekah Sebab Anda Gemuk? Cuba Cek Kaki Sekarang!

Kalau tak merekah bermakna, kita kurus ke?

Published

on

Hey, buruknya tumit kaki kau, sampai merekah!

Yang sebenarnya ramai wanita pandang enteng soal kebersihan dan kesihatan tumit kaki ni. Yelah, setakat cuci dengan sabun, dijirus air jika kotor, cukuplah kan? Sebenarnya anda salah! Tugas dan tanggungjawabnya tumit bukan calang-calang. Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan jika kaki anda sihat maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.

Zaman sekarang jika ingin melihat seseorang benar-benar pembersih, lihatlah kakinya kerana malas atau rajin itulah sebagai petanda. Ini kerana menjaga tumit dan tapak kaki sama penting seperti menjaga anggota tubuh badan yang lain kerana ia bukan semata-mata untuk kebersihan bahkan untuk kesihatan. Banyak faktor yang menyebabkan kaki merekah. Antara puncanya ialah kurang lembapan kulit di tumit, kelenjar peluh yang semakin kurang aktif serentak, penambahan usia, memakai kasut yang terlalu ketat, dan memakai kasut tidak bertutup belakang.

Berdiri terlalu lama, kencing manis dan kegemukan juga antara penyebab paling utama tumit anda merekah.

Sumber Foto: pthealth.ca

Kaki dan tumit adalah penyokong kuat membawa badan anda. Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh berat badan dibebankan kepadanya. Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan jika kaki anda sihat maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin. Mulai hari ini jangan lupa untuk memberi sedikit belaian dan tumpuan kepada kaki terutama tumit anda itu juga ya.

Rawat Tumit Merekah

Jika tumit makin merekah, dapatkan rawatan segera. Sebaik-baiknya, mulakan rawatan sejurus garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini kesan rekahan lebih mudah dihilangkan. Penjagaan kaki paling mudah dan boleh dilakukan di mana saja ialah menyapu dengan krim pelembap secara kerap kerana mampu melembutkan bahagian tumit tersebut. Rawatan bagi tumit kaki juga boleh dimulakan dengan menggunakan bahan seperti garam laut, limau nipis dan minyak argan.

Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Jangan terus menyental tumit kaki berdarah dengan garam, rawat luka terlebih dahulu sebelum rawatan melembutkan tumit dimulakan.  Pertama sekali kotoran dan daki di bahagian kaki perlu dibuang dan dibersihkan. Caranya ialah menggosok garam atau pasir laut halus secara lembut ke bahagian tumit. Selepas dibersihkan, kaki kemudian direndam air suam selama 15 minit.

Sumber Foto: athenabeautyspa.co.uk

Selepas direndam, kulit tapak kaki yang mulanya kematu akan mulai lembut. Kemudian, sental dengan garam halus tersebut dicampurkan dengan air perahan limau kasturi atau limau nipis dan proses menyental ini diutamakan pada kawasan bermasalah.

Amalan urutan di bahagian kaki turut membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian kaki dan hasilnya dapat dilihat kaki yang kemerah-merahan, selain itu urutan juga membantu mengurangkan risiko kaki kejang dan membuang angin yang tidak diperlukan dalam badan. Petua lain yang anda boleh lakukan adalah:

  • Lenyek belimbing buluh dan sental pada tumit kaki. Lakukan setiap hari.
  • Rendamkan kaki ke dalam air suam dan gosokkan tumit dengan batu khas untuk tumit kaki, Jika tiada, anda juga boleh gantikan dengan batu asahan pisau selama beberapa minit.

Sumber Foto: naturalbeautytips.co

  • Sental kulit pisang pada tumit kaki, kemudian oleskan sedikit madu. Biar kering seketika dan kemudian anda boleh bilas.
  • Rendam kaki bersama air suam dan asam gelugor selama 30 minit.
  • Rendamkan kaki dalam air suam yang dicampur dengan soda bikarbonat. Ini juga membantu mengurangkan tumit retak dan kegatalan pada kaki.
  • Sapukan getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan ia kering sehingga sebelum dicuci.
  • Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa. Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
  • Amalkan penggunaan minyak argan atau minyak zaitun. Sapu di bahagian tumit dan biarkan seketika. Lakukan setiap hari sebelum tidur atau sedang rehat menonton televisyen.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: hijabista ,  wom.my

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement