Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tips Penjagaan Luka Anak Lelaki Sunat Cepat Kering

Siapa ada anak lelaki kena tahu ini!

Published

on

Salah satu aktiviti hujung tahun yang menjadi pilihan ibu bapa ialah berkhatan atau sunat anak lelaki. Sebelum pandemik Covid-19, ramai ibu bapa akan daftar anak lelaki dalam program sunat beramai-ramai di surau atau masjid di kawasan perumahan. Namun, kini mungkin lebih baik ibu bapa anak bersunat di klinik sahaja.

Jika anda salah seorang ibu bapa yang bakal membawa anak sunat tidak lama lagi, tips ini mungkin dapat membantu anda. Hari ini kami akan kongsikan beberapa tips penjagaan anak lelaki sunat supaya cepat sembuh yang boleh diamalkan di rumah. Ada 3 tips yang anda perlu tahu iaitu:

  1. Buka balutan selepas 2 hari- Namun, ibu bapa perlu pastikan hujung lubang zakar anak dibasuh dengan bersih setiap kali selepas membuang air kecil.
  2. Cuci luka selepas 2 hari -Selepas buka balutan sunat, lukanya perlu dicuci dengan rapi. Pastikan anda mencuci luka menggunakan cecair normal saline dan cucian haruslah dibuat 3 hingga 4 kali sehari. Selepas cuci, pastikan luka dilap kering untuk kurangkan risiko jangkitan.
  3. Jangan kopek atau tanggalkan keruping luka -Semasa mencuci luka, pastikan ia tidak digosok atau disental dengan kuat. Keruping luka akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci atau terkena air semasa mandi.

Tip mengurus anak berkhatan | Yati Yusof

Selain itu, salah satu masalah yang sering timbul sehingga merunsingkan ibu bapa selepas  anak bersunat ialah zakar anak membengkak. Selepas sunat, ia menjadi kebiasaan untuk zakar anak bengkak sedikit. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu peka dengan beberapa perkara ini untuk menilai sama ada anak alami jangkitan atau tidak iaitu:

  1. Bengkak yang telalu besar
  2. Ada cecair likat seperti nanah
  3. Anak mengadu rasa sakit dan berdenyut
  4. Terasa sakit semasa buang air kecil
  5. Kawasan luka berdarah
  6. Demam

Jika anak ada tanda-tanda berikut, ibu bapa perlulah bawa anak segera jumpa doktor bimbang ia adalah jangkitan.

Walaupun pada kita sunat itu perkara biasa, namun pada anak-anak ia adalah sesuatu yang besar yang telah mengubah dirinya. Oleh itu, ibu bapa dan adik beradik yang lain haruslah memberi bantuan dan sokongan kepadanya. Pastikan anak makan ubat yang disarankan doktor. Apapun, jangan pula takut-takutkan mereka pula.. Nanti riuh satu klinik dengan jeritan manja anak tak nak sunat! Adoi…

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

6 Tanggungjawab Anak Lelaki Setelah Berkahwin, Jangan Buat-Buat Lupa!

Ibu Ini Kongsi Cara Ringankan Tulang Anak Lelaki Buat Kerja Rumah

 

 

 

Sumber: Rumah Khatan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement