Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tiada Jiran, Terletak Di Pulau Kosong. Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

Adakah tempat yang sunyi terjamin tiada ganguan? Hiks!

Published

on

Tidak semua menyukai kehidupan di bandar yang boleh dikatakan agak ‘bising’ berbanding di kampung atau kawasan terpencil yang lebih senyap dan tenang.

Hiruk-pikuk di bandar mungkin tidak menyenangkan, tapi adakah tempat yang sunyi terjamin tiada ganguan? Hiks!

via GIPHY

Jika anda rasakan mendirikan rumah di kawasan bukit atau kawasan pendalaman sudah cukup sunyi, anda silap! Ini kerana kawasan paling sunyi adalah di sebuah pulau kosong tanpa jiran atau pekan berdekatan.

Sebuah kediaman berwarna putih di kepulauan Ellidaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland dikatakan sebagai rumah paling sunyi di dunia. Oddity Central melaporkan, ia berikutan kedudukannya yang terletak di tengah bukit dikelilingi lautan dan menjadi satu-satunya rumah yang berada di situ.

Rumah itu dikatakan tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an dan pelbagai khabar angin, teori serta spekulasi dikaitkan dengannya selepas tersebarnya gambar kediaman berkenaan di Internet. Antara dakwaan itu termasuklah kisah kononnya rumah itu dibina oleh seorang peniaga eksentrik sebagai tempat perlindungan zombie selain desas desus mengatakan ia milik seorang fanatik agama.

Malah penyanyi Iceland, Bjork pada satu ketika dulu pernah dikhabarkan memiliki tempat percutian itu dan berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau berkenaan.

Hakikatnya, bangunan itu hanya pondok berburu yang dibina pada tahun 1950 oleh Persatuan Pemburuan Ellidaey, yang menjadi tempat persinggahan ahlinya ketika datang memburu puffin iaitu sejenis burung laut di pulau berkenaan.

Baru masuk akal kan? Pelik juga kalau betul-betul ada orang tinggal di situ. Nak pergi pasar pun makan hari tu. Hiks!

 

Baca juga:

Aliff Syukri Beli 7 Buah Rumah Sekaligus. Satu Untuk Hadiah Kepada Isteri

Jangan Panik! Lakukan Ini Jika Ada Penjenayah Dalam Rumah

 

 

 

 

 

Sumber: Boredpanda, Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement