Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tenang! Ini Caranya Jika Hadapi Orang Nazak Di Depan Mata

Perkara pertama, JANGAN PANIK!

Published

on

Tiada siapa boleh jangka bila dan di mana kecemasan yang melibatkan mangsa nazak akan berlaku. Bukan meminta untuk diberi sesuatu yang tidak diingini tetapi ini adalah salah satu topik yang harus kita ambil tahu untuk menghadapi kecemasan yang tidak di jangka yang mungkin melibatkan ahli keluarga tidak kira di rumah atau di mana sahaja.

Berikutan peningkatan kes kemalangan atau kes kematian di rumah, team Kool FM, Haiza, AG dan Muaz  membincangkan cara-cara membantu mangsa yang sedang nazak bersama-sama Ustaz Ehsan Mohd. Hosni, Imam Besar Masjid Negara.

Jika diikutkan secara logiknya, jika kita berhadapan dengan kecemasan yang melibatkan kecederaan yang serius atau kematian, kita boleh memberi bantuan mana yang patut sambil menunggu bantuan lain seperti doktor sampai. Selain itu, penting juga untuk kita tenang dan buat apa yang terbaik sewaktu itu. Jika anda ada ilmu bantuan pernafasan juga adalah satu bonus untuk beri bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Lakukan 5 perkara ini jika ahli keluarga nazak lalu meninggal dunia... Ajarkan kalimah 'Laailahaillallah' - Ad-din | mStar

Menurut Ustaz Ehsan, apabila menghadapi orang nazak di rumah, kita perlulah membahagi tugas kepada sesiapa yang berada di rumah. Salah seorangnya haruslah duduk di sisi orang nazak tersebut dan mentalkinkannya serta mengajarnya kalimah Syahadah. Selain itu, perlu juga ingatinya supaya basahkan lidah dengan kalimah Allah SWT. Untuk orang lain yang berada di rumah, bolehlah berdoa dan bacakan Surah Yassin untuk orang yang sedang nazak.

Ustaz Ehsan juga telah berkongsi tanda-tanda seseorang itu nazak atau kematiannya hampir iaitu hidungnya jatuh sedikit, cuping telinga jatuh sedikit, tapak kaki pucat atau sejuk dan pembaringannya pinggannya rapat ke bawah. Pada ketika ini amatlah penting untuk sentiasa bersama orang itu dan ingatkannya untuk untuk mengucap jika dia adalah muslim.

Bagaimanapun, jika kita hadapi kecemasan dan melihat mangsa kemalangan nampak nazak perkara pertama ialah ajarkan mangsa mengucap secara ringkas jika dia seorang muslim. Tambah Ustaz Ehsan, jika kecemasan atau kemalangan berlaku semasa kita berseorangan dan perlu berdepan dengan jantina yang berbeza contohnya kemalangan terbakar atau mangsa dilihat lemas, kita boleh tolong beri bantuan dan selamatkan sebab ia dianggap darurat walaupun bukan mahram.

Apapun, jika berlaku kecemasan di hadapan anda janganlah cepat panik. Lakukan apa yang terbaik untuk mangsa dan buat tindakan yang sewajarnya. Janganlah pula tinggalkan mangsa berseorang walaupun anda tidak mengenalinya. Selain itu, penting juga untuk hormati mangsa dengan tidak mengambil gambarnya semasa kejadian supaya aibnya terjaga.

Dengarkan perbualan lanjut mengenai pelbagai topik menarik dengan klik di sini. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement