Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Telefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial

Bila bersama keluarga, simpan phone tu!

Published

on

Tiada sesiapa ingin dicurangi, namun ia bukanlah sesuatu yang baru di kalangan kita. Bukan nak menakutkan anda, tetapi situasi ini bukan hanya berlaku di kalangan pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, tetapi ia mungkin juga boleh berlaku kepada mereka yang baru sahaja berkahwin.

Seorang pakar dalam tingkah laku sosial, hubungan, bahasa badan, budaya tempat kerja, tekanan dan pengurusan masa, Judi James tampil berkongsi empat ciri-ciri lelaki curang yang anda perlu tahu.

“Jika anda merasakan dia (pasangan) curang, maka mungkin firasat anda itu benar. Bau badannya mungkin berbeza kerana tubuhnya melepaskan pelbagai feromon baru. Tetapi sekiranya anda secara semula jadi paranoid, perasaan itu mungkin salah,” katanya.

ISTERI, BERHENTILAH DITIPU SUAMI YANG CURANG - BroOhsem

Antara tanda-tanda curang yang perlu diperhatikan pada pasangan:

KERAP MARAH

Perasaan ego yang tinggi mudah mengubahnya menjadi seorang panas baran dan menyalahkan pasangan sebagai punca dia berlaku curang. Selain dari kerap bertengkar di atas perkara-perkara remeh, pasangan juga biasanya memeluk tubuh dan bercekak pinggang sebagai isyarat mempertahankan diri.

HANDPHONE LEBIH PENTING

Telefon bimbit adalah alat utama untuk berlaku curang, yang akan menjadikannya ‘super-sensitive’, berjaga-jaga dan gelisah ketika anda pergi mendekati alat peranti itu. Sekiranya dia memeriksa telefon bimbit secara kerap atau selalu menghantar pesanan teks kepada seseorang, itu mungkin menunjukkan tanda-tanda kecurangan. Dan jika dia meninggalkan bilik untuk membuat panggilan, itu juga petanda bahawa dia boleh curang.

DINGIN DI BILIK TIDUR

Dia mungkin masih melakukan hubungan intim dengan anda, tetapi sebaliknya perasaan keinginannya untuk melakukan hubungan itu mulai pudar. Hubungan intim yang dilakukan bersama pasangan sendiri dianggap seperti menipu kekasihnya (skandal). Disebabkan itu, hubungan intim anda dengan pasangan akan berlalu dengan cepat dan hilang rasa ‘kebahagiaan’ yang pernah dilalui sebelum ini.

TIADA ‘RASA’ DI MATA

Renungan mata yang mendalam dan berpanjang dalam membantu seseorang menyelami emosi pasangannya. Jadi mungkin ada sebab mengapa pasangan mengelakkan dari kontak mata kerana dia takut anda akan dapat membaca fikirannya.

Apapun, rajinlah berkasih sayang sesama suami dan isteri. Semoga kita dijauhkan daripada perkara seperti ini berlaku dalam rumah tangga.

 

Baca juga:

Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami

Suami Cemburu Buta, Isteri Nekad Bakar Diri! Cuba Cara Ini Untuk Kawal Perasaan Cemburu

 

 

 

Sumber: The Reporter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement