Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Teh Berperisa Bukan Sekadar Perisa, Ada Khasiat Di Sebaliknya

Jangan ingat perisa yang dicampur dalam bancuhan teh hanyalah tarikan semata.

Published

on

“Belilah teh yang berperisa, sedap sikit. Jangan beli yang teh kosong, baru umph!”

Kalau pergi Cameron Highland, pasti akan terfikirkan ladang teh yang terbentang luas, sayuran segar, jagung bakar panas, strawberi disaluti coklat dan kemeriahan pasar malam.

Disebabkan ladang teh disana terlalu berekar-ekar luasnya, pasti takkan terlepas dari mebeli teh berperisa berkotak-kotak untuk hidangan minum petang dengan kuih-muih atau biskut kering.

Bercakap tentang teh berperisa ni, ada sesuatu yang kami nak kongsikan dengan anda.

Untuk pengetahuan anda setiap teh berperisa mempunyai kelebihannya tersendiri. Kalau kami bagitahu kelebihan setiap perisa mesti ada yang tak sangka disebalik kesedapan dan kelegaan air teh ni kajian membuktikan molekul air teh yang menyerap dalam badan boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh sekaligus membantu mencegah kanser.

Antara kelebihan setiap teh berperisa adalah …

  1. Teh lemon mengandungi vitamin C dan juga membantu sistem pencernaan air kecil.
  2. Teh pudina dapat meningkatkan kualiti tidur, pencernaan yang stabil dan memberi kesegaran.
  3. Teh bluberi dapat mencegah kanser, menguatkan kesihatan jantung serta meningkatkan imunisasi badan.
  4. Teh oren memgandungi vitamin C dan antioksidan dimana dapat mengelakkan dari keradangan dan memberi kesegaran dan tenaga pada tubuh.
  5. Teh bunga raya dapat mencegah daripada terkena tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap gula dalam darah, menjaga hati anda sihat, melegakan simptom period pain serta aromanya memberi ketenagan fikiran.
  6. Teh bunga chamomile sangat sesuai untuk para wanita kerana aroma bunga dapat memberi ketenangan, membantu mengurangkan stres, meningkatkan kualiti tidur, menyihatkan kulit dan meningkatkan imunisasi badan.⠀

Jangan ingat perisa yang dicampur dalam bancuhan teh hanyalah tarikan semata untuk orang ramai beli teh berperisa. Sebenarnya ada manfaatnya.

Bila dah tahu spesifik kelebihan setiap perisa teh ni, sebelum nak hirup teh pastikan anda hirup perisa teh yang tepat untuk refresh body anda, okay?

Semoga bacaan ni dapat memberi manfaat kepada anda, Donna nak bancuh teh bunga chamomile ni, bye!

Sumber: caloriesdetails

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement