Gaya Hidup
Tanda Anda Patut Berhenti Kerja
Boleh kerja tapi anda perlu jadi pekerja yang bijak.
Setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan perlu mengagihkan masa supaya dapat diselesaikan tepat pada waktunya. Malah, terdapat baik dan buruk serta risikonya tersendiri. Tiada pekerjaan yang sempurna.
Persoalannya, apakah pekerjaan anda terlalu banyak buruk daripada baik? Bukan apa, jika anda berada dalam pekerjaan yang banyak buruknya seperti terlampau banyak bebanan kerja, itu tidak akan menampakkan diri anda seorang yang hebat tapi akan merosakkan mental dalam jangka masa panjang.
Jom kita lihat tanda-tanda anda patut berhenti dari pekerjaan yang memudaratkan diri dalam senyap.
Tak sempat makan
Anda perlu bertindak apabila terlampau banyak kerja yang perlu dilaksanakan sampai terlupa untuk berehat dan makan tengah hari. Kalau sedar pun waktu rehat, anda merasakan masa seolah-olah terbatas dan hanya cukup untuk menyiapkan kerja.
Kadang-kadang kalau sempat jamah, mungkin makan sekadar untuk mengalas perut dan akan rasa lapar semula untuk jangka masa yang lama. Malah, kita sanggup menahan rasa lapar sehingga selesai segala kerja yang ada.
Lebih teruk lagi, anda sering mengalami gastrik atau pening kepala dalam melaksanakan tugas. Sayangilah diri anda.
Selalu lupa
Satu kajian dalam buku Frontiers in Human, apabila bebanan sesuatu pekerjaan terlampau berat, maka anda mudah lupa banyak hal kerana bebanan kerja yang berat akan membuat seseorang stres.
Bila stres melanda, maka otak tidak mempedulikan hal remeh yang lain kerana terlalu fokus sekaligus membuatkan daya ingatan semakin lemah.
Cuba ingat balik, dalam melaksanakan tugas, pernah tak anda terlepas pandang untuk melakukan satu perkara kerana terlalu banyak kerja nak diuruskan?
Sumber: liputan
Tiada me time
Jangankan ada masa untuk orang lain, waktu untuk diri sendiri saja belum tentu ada. Apabila kerja terlalu banyak, kita tidak mampu berikan masa memanjakan diri sendiri. Hidup seolah-olah seluruh waktu hanyalah untuk kerja.
Ini adalah salah satu ciri-ciri bahawa kita sedang berhadapan dengan tugas yang terlalu banyak. Walhal, memperuntukkan waktu untuk diri sendiri sangat penting supaya kita kembali bertenaga, produktif untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Apa guna menerima gaji tanpa dapat menikmati hasil dari gaji tersebut? Otak kita juga memerlukan waktu rehat tanpa perlu untuk memikirkan hal kerja.
Kerja lebih masa
Mungkin ada yang memikirkan, kerja lebih masa akan meraih gaji yang lumayan tapi bayangkan kalau setiap hari anda terpaksa bekerja lebih masa, apakah berbaloi menghabiskan waktu di pejabat atau di hadapan komputer riba?
Lebih sedih lagi apabila kerja lebih masa anda tidak dibayar atau tidak mendapat apa-apa elaun. Hentikanlah budaya begini kerana anda sedang merosakkan gaya hidup anda. Sekarang, tiada apa yang percuma!
Sumber: iluminasi
Bukan tidak boleh bekerja, tapi anda perlu jadi pekerja yang bijak. Jangan sampai memudaratkan gaya hidup dan kesihatan diri.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
#Belanjawan2021: 500,000 Peluang Pekerjaan Baru Bakal Dibuka
“Ikan Jenazah?” – Lelaki Ini Suruh Teka Pekerjaan Isteri, Tapi Lain Yang Netizen Teka
Sumber: jobkartel