Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tanda² Anda Sudah Mula Ketagih ‘Likes’ Di Media Sosial

Bahaya sebenarnya ketagih dengan media sosial ni…

Published

on

Bilakah kali terakhir anda bangun dari tidur tanpa mencapai smartphone dan melihat media sosial terlebih dahulu? Mungkin majoriti antara kita sudah terbiasa dengan keberadaan media sosial dalam kehidupan seharian sehingga merasakan ianya sebagai satu keperluan. Tapi apa yang merisaukan, ada yang menjadikan media sosial dan ‘likes’ yang diterima itu sebagai satu matlamat hidup. 

Perkara ini tidak hanya dilakukan oleh orang dewasa, tetapi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah juga sudah pandai mengejar ‘likes’. Bagi mereka, ‘like’ dalam jumlah yang banyak sebagai kepuasan diri. Selain itu, ada juga yang gila ‘like’ sebab nak jadi influencer. Namun, ada yang memberi alasan ia adalah untuk membolehkan mereka ditawarkan kerja review produk atau makanan sebagai pendapatan sampingan. 

Jika kejar ‘likes’ itu boleh mendatangkan hasil seperti pendapatan sampingan, maka ia dilihat bagus. Tetapi perkara ini juga mempunyai kecenderungan bagi anak-anak muda melakukan aksi-aksi yang pelik dan merbahaya. Semua ini hanyalah semata-mata mahukan ‘likes’ yang banyak.

Instagram Dah Mula Sembunyikan ‘Likes’?

Sebenarnya, laman perkongsian gambar popular, Instagram pun dah mula sembunyikan tanda ‘likes’ bagi pengguna di negara ini, Brazil, Itali, Ireland, Jepun dan New Zealand bermula bulan Julai tahun ini. Menurut Instagram, langkah tersebut adalah bagi mengurangkan tekanan kepada pengguna secara keseluruhannya susulan tabiat mengejar ‘likes’ ini memberi impak kepada kesihatan mental.

Tambahan lagi, Instagram mahu pengguna mengfokuskan kepada content yang disukai untuk dikongsikan tanpa menghiraukan berapa jumlah ‘likes’ yang akan diterima. Mereka juga berharap percubaan ini akan membuahkan hasil dan seterusnya boleh dilakukan di negara-negara lain juga. Jadi, pengguna tidak boleh lagi melihat jumlah ‘likes’ pengguna lain.

Tanda² Anda Ketagih Dengan Media Sosial

Media sosial juga diakui mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Buat mereka yang mahu berkongsikan tips kesihatan, ia boleh dilakukan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Selain itu, ia juga sebagai medium untuk memberikan inspirasi dan kata-kata semangat kepada pengguna lain. Namun, ada juga berlaku kes di mana pengguna media sosial yang membuat perkongsian mahukan jumlah ‘likes’ yang banyak. Apa jadi kalau kurang ‘likes’? Mungkin posting tersebut akan dibuang dan tiada lagi perkongsian-perkongsian yang lain. Jika anda seperti itu, tandanya anda sudah gila ‘likes’.

Selain itu, berikut merupakan tanda-tanda lain yang anda sudah mula ketagih dengan media sosial. Ibarat ianya wajib ada dalam sehari sebagai pelengkap kehidupan.

  • Media sosial adalah perkara pertama dan terakhir anda lihat dalam sehari.
  • Gemar melenggahkan kerja. Habis semua kerja tertangguh kerana lebih suka menghabiskan masa di media sosial.
  • Terus mencapai smartphone bila terdengar ada notifikasi masuk, lagi-lagi kalau terdengar notifikasi daripada aplikasi media sosial.
  • Menjadikan media sosial sebagai sumber berita utama. Perkara ini agak bahaya kerana banyak maklumat yang tidak benar mudah tersebar melalui media sosial.
  • Rasa gelisah jika tidak dapat akses ke dalam media sosial. Ketagihan yang serious dapat dilihat jika setiap lima minit anda mesti menyemak laman media sosial.

 

 

 

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Helah² Marketing Tersembunyi Yang Meracun Kaki Shopping

Stres Dan Suka Makan? Cuba Makanan² Yang Sesuai Hilangkan Tekanan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement