Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tak Sangka Jirannya Sanggup Buat Begitu! CCTV Bongkar Rahsia Jiran Jarang Bercakap

Gigihnya, siap guna galah lagi!

Published

on

Orang kata, muafakat membawa berkat. Hidup berjiran kena saling tolong menolong dan bertolak ansur. Namun zaman kini, kehidupan berjiran tidak semeriah dahulu. Boleh jadi ada di antara pembaca tidak pun mengenali jiran mereka walau sudah berjiran bertahun lamanya.

Jangan jadi seperti cerita yang kami kongsikan semalam: Jiran Kena Bunuh Sebab Selalu Ejek Miskin

Tidak rugi beramah mesra dan bertegur sapa dengan jiran sendiri. Ini dibuktikan oleh sebuah video viral menunjukkan seorang jiran yang gigih berusaha mengalihkan baju yang dijemur ke kawasan teduhan agar tidak dibasahi hujan.

Kejadian ini berlaku di Subang Jaya, Selangor dan ia tular selepas dikongsi sendiri oleh tuan punya rumah, Nur Syazana Izham yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Menurut tuan rumah, dia tiada di rumah dan jirannya seorang lelaki India membantu menarik kain jemuran tersebut dan cara yang digunakan agak sukar namun jirannya tidak berputus asa.

Menurut temubual Syazana bersama sebuah portal, dia jarang berborak kerana masing-masing agak sibuk namun akan bertegur sapa jika berselisihan. Dia terkejut melihat baju yang disidainya beralih tempat dan melihat rakaman CCTV.

Masa lima minit digunakan untuk menarik ampaian menggunakan galah dan ia bukanlah mudah.

Ramai memuji jirannya di laman sosial kerana jujurnya, di zaman ini agak sukar untuk kita dapat jiran yang baik hati. Jika anda mempunyai jiran yang baik, hargailah mereka. Ia juga dikira satu rezeki.

Tonton video penuh di sini. 

 

 

Baca juga:

Pelajar pondok ditahan disyaki cabul anak jiran

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement