Gaya Hidup
“Tak Perlu Suplemen, Makan Buah & Sayur Je,” – Doktor Ini Sekali Lagi Jelas Isu Pil Vitamin C
Dia memesan lagi agar tidak perlu mengambil risiko, sayangilah buah pinggang kerana bila mula rosak dan kecut, pasti tidak akan boleh kembali kepada sediakala.
Dalam musim pandemik COVID-19 ini banyak berita palsu mudah tersebar terutama tentang Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mitos perubatan kononnya dapat menewaskan COVID-19 dalam badan.
Tidak terlepas juga, isu pengambilan vitamin C yang sudah berkali-kali diterangkan oleh kebanyakan para doktor tentang fakta sebenar. Namun, masih ada lagi yang tidak tahu akan hal tersebut dan masih percaya dengan mitos.
Berikutan itu, Doktor Khairul Hafidz sekali lagi tampil menerangkan tentang isu ini. Menurutnya, pengambilan vitamin C terlalu banyak boleh menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras serta boleh menyebabkan batu karang.
“Nak ambil vitamin C cukup sekadar makan makanan yang sihat seperti sayur, buah yang sudah tersedia kandungan mikronutrien dan tak perlu suplemen,” jelasnya menerusi penulisan ciapan twitter akaun miliknya.
Dia memesan lagi agar tidak perlu mengambil risiko, sayangilah buah pinggang kerana bila mula rosak dan kecut, pasti tidak akan boleh kembali kepada sediakala.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang membalas ciapan membuat jenaka dengan mengatakan setiap hari perlu ingatkan tentang peringatan ini seperti ‘daily reminder’.
Berhati-hatilah dalam pengambilan mana-mana pil suplemen kecuali mendapat nasihat dari doktor.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Macam Mana Nak Ambil Suplemen Untuk Pertama Kali?
Banyak Rahsia Halba, Antaranya Bantu Tambah Susu Ibu Dan Tingkatan Imuniti Badan
Sumber:ย twitter