Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Susah Jemur Kasut Musim Tengkujuh Ni? Cuba Cara Ni Untuk Hilangkan Bau Hapak Di Kasut

Kebersihan kasut juga penting ye…

Published

on

Tak kira apa musim sekali pun, segala jenis pakaian yang kita pakai tetap kena basuh. Ini termasuklah kasut kita yang dipakai pada setiap hari bekerja tu. Tapi kalau matahari pun jarang muncul, macam mana nak basuh? Jangan risau sebab ada petua orang dulu-dulu untuk tak nak bagi kasut berbau. Kalau rasa kasut tu dah bau semacam je, bolehlah cuba petua ni.

Sumbat Surat Khabar Dalam Kasut

Ini petua orang dulu-dulu. Katanya kalau dibiarkan surat khabar semalaman dalam kasut ia akan menyerap bau-bau yang kurang enak daripada kasut itu. Ada yang dah pernah buat ke?

Tabur Baking Soda

Baking soda ni sebenarnya dikenali juga sebagai bahan yang boleh menyerap bau hapak. Taburkan sedikit di dalam kasut dan biarkan semalaman. Bukan setakat bau busuk hilang, tapi ia juga akan mengembalikan kesegaran kasut.

Letak Uncang Teh Dalam Kasut

Bau uncang teh memang enak dan bila kita buat air tu aromanya memang menyegarkan. Jadi selain buat minum, uncang teh juga boleh diletakkan dalam kasut supaya ia menyerap bau busuk dalam kasut tu. Letakkan beberapa uncang teh di dalamnya dan kalau kasut basah, letak sedikit beras dan baking soda dan biarkan selama beberapa hari.

Letak Kasut Dalam Freezer

Letakkan kasut dalam resealable bag, tutupkan dengan rapat dan letakkan di dalam freezer semalaman. Kalau ikut kata petua, suhu rendah dari freezer tu dapat membunuh bakteria. Tapi lepas dah keluarkan dari freezer, jangan terus pakai. Sejuk kaki tu nanti. 

Letak Cat Litter Dalam Kasut

Siapa yang ada bela kucing tu senanglah nak dapat bahan ni. Kalau tak ada kena beli di kedai ye. Dikatakan ‘pasir’ dari litter box kucing tu boleh menyerap kelembapan. Ambil sikit dan letakkan dalam stoking nipis. Kemudian ikat dengan getah dan tinggalkan semalaman dalam kasut busuk tu. Esoknya sure tak ada dah bau.

Basuh Kaki Dan Pakai Stoking

Yang terakhir sekali, semuanya berbalik kepada cara kita memakai kasut. Kalau boleh basuhlah kaki tu dengan bersih dahulu sebelum nak sarung kasut tu. Biar kaki terhindar daripada kuman dan bakteria-bakteria yang menyumbang kepada bau hapak kasut. Lepas dah basuh, bagi kaki kering betul-betul dulu barulah kita pakai kasut.

Selain itu, jangan pakai kasut tanpa stoking. Stoking membantu mengurangkan sentuhan antara kaki dan kasut. Maknanya kuranglah bakteria yang membiak. Tapi janganlah pula pakai stoking yang sama selama berhari-hari.

Mudah sahaja tips yang dikongsikan ini. Selamat mencuba ya!

 

Baca juga artikel menarik lain:

Selamat Ke Guna Pisau Cukur Berkali-Kali? Ini Cara Bercukur Yang Betul Untuk Elak Kulit Rosak

Kenapa Potong Bawang Buat Kita Menangis?

 

 

 

Sumber daripada: Xtra

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement