Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Suka Makan Mi Goreng Mamak? Ini Sebab Ia Sering Dihidangkan Bersama Limau Nipis

Limau nipis tu dah macam pelengkap rasa…

Published

on

Selalu kalau kita order mi goreng mamak mesti akan dihidangkan sekali dengan limau nipis, atau kita sendiri yang akan minta sebab dah terbiasa makan mi goreng mamak dengan limau nipis. Biasa limau nipis di tepi mi goreng tu akan diperah pada mi sebagai penyedap rasa. Tapi yang menjadi persoalan, kenapa limau nipis dan bukan buah oren atau tembikai?

Untuk memahami sebab sebenar limau nipis sentiasa dihidangkan bersama mi goreng mamak, kita kena tahu dahulu sejarah pembuatan mi yang bermula di Tanah Besar Cina sekitar 4,000 tahun lepas. Disebabkan mi diperkenalkan di Cina, maka mi sinonim dengan cara pemakanan dengan menggunakan penyepit, dikenali juga sebagai chopstick. Penggunaan penyepit pada ketika itu adalah untuk mengelakkan tangan terkena makanan yang panas. Selain dari China, penduduk Asia Timur seperti Jepun dan Korea juga menggunakan penyepit sebagai alat untuk makan.

Sebelum Adanya Penyepit, Mi Goreng Dimakan Dengan Tangan

Penyepit pula dikatakan mula dicipta sekitar 3,000 tahun lepas semasa zaman Dinasti Shang, iaitu 1,000 tahun awal sejak penciptaan mi. Ini bermakna orang Cina berkemungkinan menggunakan tangan juga semasa masakan mi mula diperkenalkan. Tapi untuk mengelakkan tangan terkena masakan mi yang panas itu, mereka lebih suka menggunakan penyepit sehingga ke hari ini.

Dikatakan ekonomi berkembang pesat semasa zaman Dinasti Song dan mereka mula melakukan perdagangan dengan negara luar. Selain berdagang barang-barangan dan teknologi, resipi makanan juga turut dibawa bersama, dan salah satu negara yang rapat dengan Dinasti Song ialah kerajaan Majapahit.

Disebabkan banyak pertukaran barang, budaya dan teknologi antara Dinasti Song dan Majapahit, maka banyak jugalah resipi masakan jawa yang mendapat pengaruh dari Tanah Besar Cina. Antara masakan atau resipi yang mendapat pengaruh adalah seperti Chow mien, iaitu nama mi goreng dalam loghat Taishan di selatan China. Selain itu popiah yang kita biasa makan tu juga merupakan resipi makanan dari China.

Tetapi ada satu amalan yang tidak dapat dipraktikkan oleh masyarakat Majapahit, iaitu makan menggunakan penyepit. Ia dilihat sebagai satu cara makan yang asing dan sukar untuk diaplikasikan. Cara makan masyarakat Majapahit adalah menggunakan tangan, yang telah lama mendapat pengaruh dari India. Mungkin bagi mereka makan mi guna tangan lebih mudah berbanding penyepit.

Image via: https://commons.wikimedia.org/

Oleh sebab itu, mereka lebih senang makan mi menggunakan tangan. Amalan ini masih dapat dilihat di beberapa kampung-kampung jawa di Johor yang masih menggunakan tangan untuk makan mi. Kebiasaannya kita akan nampak orang Johor makan laksa Johor guna tangan.

Limau Nipis Digunakan Untuk Cuci Tangan…

Jadi bila makan menggunakan tangan, orang jawa akan meletakkan limau nipis di tepi untuk mencuci tangan daripada kotoran minyak mi goreng tersebut. Kandungan asid limau nipis digunakan untuk membersihkan minyak dari tangan. Maka bermulalah budaya meletakkan limau nipis pada mi goreng dan ia berterusan sehinggalah kedatangan orang Tamil Muslim di sini, yang juga makan mi menggunakan tangan.

Tapi bila dah masuk ke peradaban dunia yang lebih moden, cara makan menggunakan garfu mula menjadi kebiasaan di Tanah Melayu selepas ia diperkenalkan oleh Portugis semasa penjajahan Melaka. Perkataan garfu itu sendiri berasal dari Portugal, yang disebut garfo.

Walaupun masyarakat kita sudah sekian lama pandai menggunakan garfu, limau nipis tetap dihidangkan bersama mi goreng mamak. Sekarang, limau nipis yang dihidangkan bersama digunakan sebagai penyedap rasa kepada mi goreng. Tapi kalau anda makan mi guna tangan juga, basuhlah tangan tu guna sabun yang ada.

Baca juga artikel menarik:

Ini 5 Letusan Gunung Berapi Paling Seram Dalam Sejarah

Jeffrydin Kongsi Rahsia Sihat Pada Usia 74 tahun. Cuba Juga Kaedah Orang Jepun Hidup Lama

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement