Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Makanan Spesifik Untuk Orang Penghidap Asma

Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu dalam mengelak atau mengurangkan serangan asma. Kerberkesanan sebahagian makanan ini bagi mengurangkan serangan asma masih lagi di dalam peringkat kajian oleh pakar perubatan.

Published

on

“Jangan makan nangka, pulut dengan rambutan. Awak tu semput. Tak elok makan!”

Penyakit asma adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Dalam pemahaman yang mudah, saluran pernafasan dipenuhi dengan lendir sehingga menyebabkan kesukaran bernafas dan dada berasa sempit.

via GIPHY

Apa yang boleh mengurangkan individu terkena serangan asma adalah gaya hidup dan pemakanan. Mungkin ada di antara kita dah diselubungi mitos orang dulu-dulu yang tegas mengatakan sesetengah makanan yang berangin atau sejuk tak boleh makan kerana menyebabkan serangan asma.

Namun, menurut Pakar Perunding Perubatan Am & Perubatan Respiratori Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Fazilah Ahmad berkata, anggapan bahawa makanan terutama pulut dan air batu boleh mengakibatkan sera­ngan asma ialah satu mitos kerana asma bukan disebabkan makanan yang diambil sebaliknya penghidap asma itu sensitif terhadap sesuatu makanan yang dijamahnya.

Natijahnya, bergantung kepada antibodi seseorang. Jika dia pernah menghidapi asma, pesakit itu sendiri perlu tahu jenis makanan yang alah dimakan supaya dapat mengelak mengambil jumlah banyak sekaligus mengelak daripada terkena serangan asma.

Image result for asma

Sumber: cariangoogle

Bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu dalam mengelak atau mengurangkan serangan asma. Kerberkesanan sebahagian makanan ini bagi mengurangkan serangan asma masih lagi di dalam peringkat kajian oleh pakar perubatan.

Contoh makanan tersebut ialah seperti berikut;

  1. Epal – kajian menunjukkan bahawa mengambil 2 ke 5 biji epal seminggu dapat mengurangkan risiko asma sebanyak 32% berbanding kurang pengambilannya. Kandungan flavonoids di dalamnya membantu membuka rongga pernafasan.
  2. Makanan mengandungi vitamin C – vitamin C merupakan sejenis agen antioksida yang bagus untuk melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal. Buah citrus banyak mengandungi vitamin C seperti oren, anggur dan jambu;
  3. Kafein – kandungan kafein di dalam kopi dan teh boleh membuka rongga pernafasan sehingga 4 jam selepas meminumnya;
  4. Flax seeds – flax seeds mengandungi omega-3 dan magnesium yang berguna kepada penyakit asma.
  5. Magnesium dapat membantu relaksasi otot di dalam paru-paru dan membuka rongga pernafasan.

Namun begitu, kesan omega-3 pada penyakit asma masih lagi di peringkat kajian. Lepas ni cuba semua makanan dan sentiasa alert makanan apa yang boleh menyebabkan anda asma, okay?

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Fauziah Latiff Lakon Watak Tun Hasmah Untuk Filem Pertama

Influenza: Ini Nasihat Tun Dr. Siti Hasmah Tentang Vaksin

 

 

 

 

 

Sumber: myhealth

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement