Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Selamat Ke Guna Pisau Cukur Berkali-Kali? Ini Cara Bercukur Yang Betul Untuk Elak Kulit Rosak

Lelaki maskulin kena ikut tips ni…

Published

on

Sebagai seorang dewasa, rasanya pisau cukur ni memang wajib ada terutamanya bagi kaum adam untuk mencukur misai atau jambang. Pisau cukur lebih menjadi pilihan berbanding alat lain sebab ianya murah dan mudah untuk didapatkan. Kalau nak cukur guna pisau macam bahayalah pula. Jadi sebenarnya berapa kerap kita boleh guna pisau cukur yang sama ni? Janganlah kalau dah nampak karat pun kita masih gunakan pisau cukur tu. Sebelum nak mencukur tu, kita kena peka dengan keadaan semasa pisau cukur yang kita gunakan tu.

Elakkan Guna Pisau Cukur Tumpul

Kalau beli pisau cukur yang baharu, kita akan rasa ia berfungsi pada tahap yang optimum. Dengan ketajamannya, proses mencukur rasa lancar je. Tapi kalau pisau cukur tu dah mula tumpul, anda akan mula rasa perbezaannya.

Pisau cukur yang tumpul mampu merengsa, menimbulkan ruam, radang malah mencederakan permukaan kulit anda. Jadi sebab itu pentingnya memastikan pisau cukur tersebut dalam keadaan yang tajam dan optimum sebelum menggunakannya bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini.

Kalau anda dah nampak pisau cukur tu dah tumpul atau terdapat kesan karat, itu tandanya anda perlu tukar dengan pisau cukur yang baharu. Tapi kalau dengan pisau cukur baharu pun anda masih boleh ‘tercedera,’ boleh ikut tips yang dikongsikan Hello Doktor ini untuk cara mencukur yang lebih selamat.

Elakkan Mencukur Sebaik Sahaja Bangun Daripada Tidur

Elakkan cukur lepas bangun daripada tidur ni bukan sebab takut kita mencederakan kulit akibat masih lagi berada dalam keadaan separa sedar. Kulit kita sebenarnya kurang sesuai untuk bercukur waktu kita baru lepas bangun tidur. Hal ini kerana muka kita selepas bangun tidur lebih cenderung untuk membengkak sedikit akibat fluid retention ketika anda sedang tidur.

Fluid retention ini boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti:

  • Makan makanan yang terlalu masin
  • Posisi tidur yang salah
  • Stres dan kegelisahan
  • Situasi perubatan

Oleh itu, amat disarankan agar anda mula bercukur beberapa minit setelah bangun daripada tidur. Selain itu, mencuci muka terlebih dahulu sebelum bercukur juga dapat membuatkan kulit muka anda lebih bersedia untuk proses bercukur. 

Basuh Muka Guna Air Suam Sebelum Bercukur

Basuh guna air suam ni adalah untuk membuka pori pada permukaan kulit agar lebih mudah nak bercukur. Senang kata, mandilah dulu dengan air suam, tapi jangan mandi air yang terlalu panas pula. Selain itu, kalau nak guna shaving cream ataupun sabun cukur sebelum mencukur, itu pun anda perlu pastikan kulit anda basah terlebih dahulu. Jangan biarkan kulit anda kering semasa mencukur kerana ia akan mendatangkan risiko kecederaan pada kulit.

Jangan Cukur Arah Bertentangan! Cukur Ikut Arah Bulu

Cara bercukur yang selamat adalah mencukur bulu mengikut arah pertumbuhan bulu. Kalau anda cukur juga ikut arah bertentangan, pisau cukur akan berisiko untuk menangkap bulu anda dan menariknya lebih jauh daripada permukaan kulit. Mungkin ada yang rasa cukur arah bertentangan ini akan membuatkan hasil cukuran itu nampak lebih halus. Tapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko kecederaan pada kulit.

Selain itu, cukur secara bertentangan boleh mengakibatkan pertumbuhan bulu-bulu anda kelak terperangkap di dalam kulit atau turut dikenali sebagai ingrown hairs. Kalau cukur menggunakan kaedah yang betul, anda akan perasan proses mencukur tersebut menjadi lancar dan kulit muka anda juga terhindar daripada sebarang kecederaan.

Kesimpulannya, janganlah kita hanya tahu membeli dan memakai pisau cukur tersebut tanpa ambil peduli proses yang betul. Bagi kaum hawa, tunjukkan tips ini kepada suami anda agar wajah mereka kekal tampan untuk anda.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Akibat Puji Wanita Lain, Suami Terpaksa Pujuk Isteri Merajuk Lebih Setahun!

Wanita Ini Bertindak Bunuh Dan Simpan Kemaluan Kekasihnya Kerana Terlalu Cinta!

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement