Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Saluran Pernafasan Pecah Sebab Tahan Bersin? Doktor Pesan Jangan…

Adakah amalan menahan bersin itu bagus atau sebenarnya ia memudaratkan?

Published

on

Musim COVID-19 ni kalau nampak orang bersin je mulalah kita rasa panik. Setiap kedai dan tempat menyediakan alat thermometer untuk menyukat suhu badan agar tiada individu demam berlegar-legar di dalam premis mereka.

Tapi, sebenarnya bersin tidak bermakna anda sedang demam. Ia mungkin disebabkan tempat yang berhabuk atau anda sendiri mempunyai alahan yang teruk terhadap beberapa situasi.

Hm, adakah amalan menahan bersin itu bagus atau sebenarnya ia memudaratkan?

Ini kerana seorang lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.

Agak pelik, namun ia berlaku hanya kerana lelaki tersebut cuba menahan bersin. Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.

Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.

Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.

Disebabkan itu, lelaki tersebut itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih. Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.

Tahan bersin adalah tindakan refleks

Pakar Perunding Bedah ortorinolaringologi, Hospital Pakar KPJ Selangor, Dr Mohd Zabri Affendi Muhamad, berkata bersin hanyalah tindak balas yang normal bagi semua individu dan tidak menjadi penyebab utama kepada masalah kesihatan yang di sebut.

“Bersin ini adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung yang menghalang daripada memasuki paru-paru seterusnya mengganggu organ lain dalam badan.

“Sebenarnya tiada apa kelebihannya daripada fungsi bersin itu selain daripada apa yang saya katakan itu. Cuma menahan bersin ini biasanya mendatangkan gangguan kepada individu itu lebih lagi bagi mereka yang menghidap sinus atau resdung yang tidak selesa bagi mereka.

“Apapun kita tidak digalakkan untuk menahan bersin kerana ia adalah tindakan ‘refleks’ yang biasa bagi manusia yang normal untuk menghalang daripada benda asing memasuki tubuh badan kita.”

Jadi, jangan ditahan bersin okay? Tapi jangan pula dilepaskan depan muka orang tau!

 

 

 

Baca juga:

Hakikatnya Masih Ada Bawa Bayi Keluar ke Shopping Mall, Rakyat Masih Leka!

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian, Awani

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement