Connect with us
Kool FM

Semasa

Salah Ke Kalau Takut Pada Mati?

Soal kematian sebenarnya adalah perihal yang sangat berat.

Published

on

Terdahulu Kool FM pernah membincangkan tentang kes Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dituduh ‘takut mati’ seperti yang dikatakan oleh Menteri Bintulu, King Sing dalam sidang parlimen.

Namun, jodoh ditentukan oleh Yang Maha Kuasa begitu juga maut yang tidak kira usia, siapa dan bila. Malah, sudah pasti kesemua agama ada pegangan sendiri di mana mengatakan semua orang akan mati cuma cara yang berbeza.

Jadi, pihak Kool FM meminta Pendakwah Bebas, Ustaz Hariyanto Rizal Rokman untuk mengulas tentang kematian.

Menurutnya, bila memetik soal kematian sebenarnya adalah perihal yang sangat berat kerana itu adalah sesuatu yang pasti. Begitu juga yang digambarkan Nabi Muhamad SAW.

Sumber: BH

“Dalam mengingati mati ni bukan tak boleh buat kerja langsung atau satu kesalahan tapi sebenarnya membuatkan kita lebih produktif dan bermotivasi kerana kita tahu kita tak lama dekat dunia jadi kita akan sentiasa bertaubat, memperbaiki diri, mencari kebaikan untuk bekalan akhirat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jika lihat mereka yang berada di tirai besi dan bila tahu mereka akan ke tali gantung dalam masa terdekat secara automatik mereka akan membuat amal kebaikan sebanyak yang mungkin.

Untuk dengarkan lebih, klik saja disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement