Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Robot Pelayan Ganti Manusia Sebagai Usaha Hentikan Covid-19

Ketiga droid tersebut iaitu Lexi, Micah and Ariel mula diperkenalkan kepada tetamu-tetamu Hotel Sky di Johannesburg, sebuah hotel yang baru sahaja dilancarkan tahun ini.

Published

on

Ini adalah salah satu usaha menghentikan penularan Covid-19 yang telah dilakukan oleh sebuah hotel di Afrika Selatan. Tindakan mereka ini telah mencuri tumpuan dunia apabila mula menggunakan robot pelayan sebagai ganti kepada manusia. Menerusi laporan Sky News, penggunaan robot-robot canggih tersebut adalah untuk melayan pelanggan hotel yang mempunyai simptom Covid-19.

Ketiga droid tersebut yang diberi nama Lexi, Micah and Ariel mula diperkenalkan kepada tetamu-tetamu Hotel Sky di Johannesburg, sebuah hotel yang baru sahaja dilancarkan tahun ini.

Robot tersebut bukan sahaja menguruskan hal-hal berkaitan room service di meja penyambut tetamu, malah mereka juga boleh menyalurkan maklumat perjalanan kepada tetamu dan membawa beg mereka dengan berat maksimum 300kg dari lobi ke bilik hotel.

Syarikat ini bagaimanapun masih lagi mengekalkan para pekerja manusia disana seperti biasa dalam melayan tetamu yang sihat. Cuma tugasan melayan pelanggan yang mempunyai simpton akan diambil alih oleh robot robot. Menurut pengurus Hotel Sky, Herman Brits tetamu bagaimanapun masih boleh memilih untuk berinteraksi dengan kakitangan atau menggunakan khidmat layan diri menggunakan telefon mereka sendiri jika mereka mahukannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CTRL Robotics, yang bertanggungjawab menyediakan droid ini, ia juga mempunyai ciri-ciri untuk mengimbas wajah tetamu untuk menentukan tahap gembira mereka. Namun penggunanan droid tersebut masih mendapat pelbagai reaksi yang berbeza dari pelanggan kerana ada yang lebih suak berinteraksi dengan manusia seperti biasa kerana mereka rasa lebih selesa.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Usahawan TVET ‘wira’ ketika COVID-19

EU usaha atasi kebuntuan pada sidang kemuncak COVID-19

 

 

Sumber: Sky News

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement