Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Rindu Nak Melancong? Ini 6 Lokasi Paling ‘Rare’ Untuk Kaki Travel!

Bilalah agaknya boleh melancong ke luar negara ni…

Published

on

Siapa yang kaki travel mestiĀ dah gian kan nak pergi travel macam dulu-dulu. Yelah tahun 2020 memang kita tak boleh nak ke luar negara disebabkan dunia diserang pandemik COVID-19. Tapi tak apa, simpan bajet andaĀ tu dan gunakan untukĀ travel ke tempat-tempatĀ rare dan menarikĀ ni nanti. Harap-harap tahunĀ niĀ dah selamatlah untuk melancong ke luar. Kalau tidak, kita tunggu tahun depan pula. JadiĀ jom tengok dulu di manakah lokasi yang best untuk kakiĀ travelĀ ni.

Northern Lake Baikal, Rusia

Antara tasik yang paling rare di dunia ini terletak di selatan Siberia. Ia merupakan air tawar berwarna biru yang terbesar di dunia. Air yang mengelilingi tasik ini membeku menjadi kepingan ais berwarna turquoise pada musim sejuk. Suhu di situ boleh turun serendah -19 Ā° C dari bulan Disember hingga Februari.

Air Terjun Kuang Si, Luang Prabang, Laos

Air Terjun Kuang Si, atau dikenali sebagai Air Terjun Tat Kuang Si merupakan air terjun tiga tingkat yang terletak kira-kira 29 kilometer di selatan Luang Prabang. Air terjun ini antara destinasi wajib pelancong (pelancong backpackers terutamanya) untuk singgah sebentar. Air yang jernih kebiruan tentu sekali membuatkan para pelancong rasa tak sabar nak terjun dalam tu. Air terjun ini boleh diakses melalui laluan yang tersedia di sebelah kiri air terjun. Walaupun agak memenatkan untuk sampai ke tempat ni, ia pasti menjadi destinasi yang berbaloi untuk dilawati.

Salar De Uyuni, Bolivia

Tasik dari zaman prasejarah ini membeku semasa musim sejuk dan membentuk lantai garam yang terbesar di dunia, dan berubah menjadi seperti cermin semasa musim hujan di antara bulan September hingga Mei. Tempat yang bertakung air dan membentuk seperti kolam tu pula sangat sesuai dijadikan tempat berswafoto. Boleh buat trick bergambar juga kalau andaĀ jenis yang kreatif.Ā 

Huacachina, Peru

Ia merupakan kawasan pekan kecil yang dibina sekitar tahun 1930-an. Ia dibina di sekitar tasik kecil, dan dikawasan sekelilingnya adalah padang pasir. Apa yang menarik di situ, selain kawasannya yang unik, terdapat juga lagenda puteri duyung yang ada di tasik kecil tu. KalauĀ nak tahu, Peru merupakan tempat terletaknya salah satu destinasi yang tersenarai dalam Tujuh Keajaiban Dunia, iaitu Machu Pichu.

Marble Caves, Patagonia, Chile

Patagonia dikenali ramai sebagai tempat permulaan akhir dunia. Mungkin sebab adanya tempat yang macam ni yang terletak di tengah Tasik General Carrera, juga dikenali sebagai Tasik Buenos Aires. Di sinilah andaĀ akan jumpa dengan Gua Marble ni. Tempat ni kalau nak pergi kena naik bot atau pun kayak yang disediakan oleh syarikat pelancongan di sana.

Zhangjiajie National Forest Park, China

Walaupun tempat ini kelihatan seperti lokasi dalam filem sains fiksyen ā€˜Avatar,ā€™ tapi ianya merupakan destinasi yang rare yang terletak di daerah Hunan, China.Terdapat kereta kabel di sana yang akan membawa para pelancong naik melintasi batu-batu yang membentuk seperti menara itu. Tibanya di atas, andaĀ akan menyaksikan satu pemandangan yang mejastic.Ā 

Baca juga artikel menarik lain:

Upacara Unik Pengebumian Keranda Gantung!

Bongkah Ais Sebesar Tiga Kali Ganda Kota London Dalam Laluan Merempuh…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement