Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Remaja Perempuan Ini Hampir Mati Akibat Ketagih Bersenam Dan Hanya Ambil Makanan Sihat. Ini Puncanya…

Remaja perempuan ini dikatakan ketagih makan makanan sihat dan kerap bersenam, sehingga terpaksa dapatkan rawatan kerana berisiko untuk mati…

Published

on

Bersenam ni bagus, tapi kalau bersenam secara melampau memang boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan. Itulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan berusia 19 tahun apabila dia terpaksa menerima rawatan dan dikatakan hampir menemui ajak akibat ketagihan melampau untuk bersenam.

Menurut laporan daripada Daily Mail, Lisa Fouweather dari Doncaster, South Yorkshire mengakui dia begitu ketagih bersenam sehingga sanggup berlari sejauh 21 kilometer sebelum sarapan pagi dan bersembunyi di dalam bilik air untuk berjoging. Menurut Lisa, pada mulanya, dia hanya mahu meningkatkan pencapaian lariannya dan mencapai pada tahap terbaik dalam kelab larian yang disertainya, sebelum ia menjadi satu obsesi kepada dirinya.

Selain ketagih dengan senaman, dia juga makan dalam kuantiti yang sedikit dan cuba untuk meniru senaman yang dilakukan oleh atlet profesional dua kali ganda dari umurnya. Hasilnya, berat badannya jatuh menjunam, tetapi remaja tersebut tetap menyukai apa yang dilakukannya itu dan mengugut akan membunuh dirinya sekiranya ada yang menghalangnya daripada bersenam. 

Akhirnya Lisa terpaksa menerima rawatan. Bagaimanapun dia enggan mengakui bahawa dia mempunyai masalah, walaupun kadar nadinya jatuh ke paras bahaya yang boleh membawa kepada kematian. Namun, Lisa tetap menerima rawatan daripada pakar dan dia akhirnya berjaya menghentikan ketagihannya yang ekstrem itu. Kini, dia mempunyai berat yang sihat dan tidak berlari lagi.

Baca juga: Gara-Gara Buat Sit-Up, Habis Ribuan Kediaman Terputus Bekalan Elektrik

Berpunca Daripada Orthorexia?

Semua ini berpunca daripada penyakit atau sindrom yang dikenali sebagai Orthorexia, iaitu sejenis gangguan pemakanan apabila pesakit ketagih untuk amalkan diet dan juga senamam yang keterlaluan. Mereka yang mempunyai penyakit ini hanya mahu makan makanan ‘sihat’ sahaja seperti sayur dan buah-buahan. Jadi sumber protein yang diperolehi adalah tidak cukup hanya sekadar makan makanan tersebut dan mengelak dari makan makanan seperti ikan dan daging. 

Walaupun nampak seperti sihat sebab hanya makan makanan sihat, namun kandungan kalori yang diambil adalah terlalu sedikit dengan tenaga yang digunakan seharian. Sebab itulah kalau boleh kita ni jangan lakukan sesuatu perkara itu secara ekstrem walaupun pada asalnya ia baik untuk diri kita. Kalau nak diet dan bersenam, ikutlah panduan yang betul dan berpada-pada.

Baca juga: “Tak Sakit Pun” – Perkongsian Berani Pengalaman Sedut Lemak, Netizen Ngeri Lihat Lemak Zarina Anjoulie!

Sumber daripada: Daily Mail

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement