Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Puasa Ni Tak Tahu Nak Sahur Apa? Jom Cuba 5 Menu Ringkas Ini

Boleh cuba menu ni untuk sahur di bulan Ramadan nanti…

Published

on

Setiap kali bulan Ramadan, rasanya waktu sahurlah antara waktu yang kadang-kadang kita tak tahu nak makan apa. Selalunya kita panas balik je lauk berbuka semalam. Yang ni confirm ramai yang buat. Bukannya apa, tak sempat nak masak untuk sahur. Azan subuh pukul 6 pagi, tapi bangun untuk sahur pukul 5.55 pagi. Jawabnya makan kurma jelah. Tambahan lagi baru bangun tidur, jadi mamai sikitlah nak kena masak-masak ni. Tapi jangan risau sebab kami akan share lima menu yang simple untuk anda sediakan waktu sahur. Cuma jangan expect menu-menu ni best macam dekat kedai makan.

Telur Masak Kicap

Ini merupakan menu kegemaran untuk rata-rata rakyat Malaysia. Pertama, sebabnya adalah sedap, dan kedua sebabnya mudah untuk disediakan. Apa yang anda perlukan cuma beberapa biji telur (ikut berapa banyak nak makan), kicap manis, bawang dan juga cili padi kalau nak pedas. Telur tu digorengkan terlebih dahulu dan kemudian baru campurkan semua bahan-bahan tadi. Lebih kurang 5 minit masak, dah siap. Makan dengan nasi panas-panas waktu sahur memang syok. Walaupun kena ke dapur untuk memasak, menu ni kira paling mudah untuk disediakan. (sumber menu: Saving Kaki)

Roti Sandwich Telur

Telur memang banyak digunakan untuk masak menu ringkas ni sebab ianya mudah di masak dan juga mampu membekalkan protein kepada badan kita sepanjang berpuasa. Bahan untuk roti sandwich ni pun mudah dan murah untuk didapati. Pergi je kedai runcit dan beli roti satu buku dan telur seberapa banyak yang anda nak. Jangan lupa mayonese dan juga mentega untuk penambah rasa. Cara buatnya, anda boleh rebuskan telur tu dulu, kemudian lenyekkan telur rebus bersama mayonese. Sapukan mentega pada roti dan letak campuran telur tadi. Kalau rajin boleh letak timun atau tomato sekali. Tu kalau rajinlah. (sumber menu: Butter Kicap)

Baca juga: “Sah Atau Tidak?” – Ini Penjelasan Sebenar Mufti Mengenai Isu Cucuk Vaksin Ketika Berpuasa

Roti Peanut Butter Dan Pisang

Selain telur, roti juga baik untuk membekalkan tenaga kepada badan kita sebab mengandungi karbohidrat, dan pisang pula baik untuk sistem pencernaan dalam perut kita. Jadi menu ringkas seterusnya adalah gabungan roti dan juga pisang beserta peanut butter sebagai penyedap rasa. Cara sediakan menu ni adalah dengan sapukan peanut butter pada roti dan letakkan potongan pisang ke atasnya. Selesai dan boleh terus makan dalam keadaan mamai. (sumber menu: Eh!)

Salad Buah-Buahan

Makanan yang mempunyai nutrisi yang seimbang amat penting terhadap tubuh badan kita. Selain minum air secukupnya sebelum berpuasa, makan makanan yang berkhasiat juga patut dijadikan amalan. Salad buah-buahan sememangnya mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan seperti buah epal, anggur atau buah yang mengikut citarasa anda. Lepas tu dressing salad buah beli je yang dah siap punya atau nak menarik sikit guna yogurt. (sumber menu: Butter Kicap)

Susu Kurma Homemade

Ini pula adalah minuman favourite bulan puasa. Kalau rasa tak nak beli yang dekat kedai punya, anda boleh je buat susu kurma ni sendiri. Caranya anda rendamkan dahulu 10 biji kurma yang dah dibuang bijinya dalam satu cawan air. Rendam satu malam ye. Kalau nak buat cepat boleh rendam 15 minit dalam air panas. Lepas tu masuk kurma tersebut bersama air rendaman ke dalam blender, dan masukkan juga susu minuman full cream sebanyak dua cawan. Kasi blend dan siap untuk diminum. (sumber menu: Mingguan Wanita)

Jadi itulah antara menu yang paling ringkas anda  boleh buat waktu sahur. Tak kisahlah makan apa pun waktu sahur, yang penting kita bangun dan makanlah mana yang ada dan sempat sebab keberkatan sahur ada pada waktu sahur itu sendiri.

Baca juga: “Jahanam Diet Ayah Kau Ni” – Anak Jantan Masak Talapia Kering Bermadu, Muka Serius Cuit Hati Netizen

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement