Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

[VIDEO] Polis Ini Ajar Cara Semak Penjual Atas Talian, Elak Jadi Mangsa Scam Pembelian Online

Zaman dah canggih boleh semak scammer secara atas talian je…

Published

on

Walaupun kita tengah berperang mencegah COVID-19 dan diarahkan untuk duduk di rumah, ia tidak menghalang kita untuk membeli belah kerana kita boleh lakukannya secara atas talian. Ada yang kata disebabkan tak boleh pergi mall, makin kerap pula beli barang online ni. Seronok memang seronok kerana ianya mudah dan jimat masa, tapi kalau kita membeli secara terus dengan penjual mungkin ada risiko yang kita bakal ditipu.

Duit dah dibayar, tapi barangnya yang dipesan tidak sampai-sampai. Kes penipuan atas talian ni memang kerap terjadi. Lebih baik kita semua cakna dengan perkara ini. Jadi untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, jom ikut perkongsian daripada pegawai polis ini tentang cara mengesan sama ada penjual tersebut adalah scammer ataupun tidak.

Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer

CCID portal atau Semak Mule ini membolehkan kita untuk buat semakan penipuan yang berkaitan dengan nombor akaun bank dan telefon. Pertama sekali anda boleh pergi ke Google dan terus membuat carian ‘Semak Mule PDRM’ dan akan jumpa carian pertama iaitu Semak Mule – CCID Portal – PDRM. Bila dah masuk ke dalam portal, ikut langkah-langkah ini:

  1. Pilih bahasa yang ditawarkan. Bahasa Cina dan Tamil pun ada juga.
  2. Untuk semak nombor akaun bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online.
  3. Pastikan pilih kategori akaun bank.
  4. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri.
  5. Klik semak maklumat.
  6. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan.
  7. Jika tiada maklumat, ia akan memaparkan ‘Tiada Report Diperolehi’. Walaupun tiada maklumat, kita tetap perlu berwaspada juga.

Untuk semak nombor telefon pula, anda cuma perlu menukar kategori kepada ‘No Telefon’ dan ikut langkah yang sama seperti tadi. Kalau nombor akaun atau telefon tersebut mengeluarkan maklumat ‘Amaran’ dalam kotak berwarna merah, lebih baik jangan teruskan pembelian tersebut.

Walaupun pihak PDRM telah lama kongsikan tentang kewujudan portal ini, tapi ramai juga sebenarnya yang tidak tahu tentang portal ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Kalau anda pakai telefon Android, bolehlah dapatkan ‘Semak Mule’ dalam bentuk aplikasi di Google Playstore. Jom kongsikan juga maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain dan selamatkan diri daripada menjadi mangsa scammer penjual online.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Hati-Hati Dengan Scammer Cara Baru, Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya 

Kerana Cemburu Dengan Markah Cemerlang, Tiga Remaja Sanggup Racun Rakan Sekelas Sehingga Maut

 

 

 

Sumber daripada: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement