Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Perkampungan Pertama Tiada Lelaki, Penduduknya Hanya Wanita

Katanya ia merupakan kampung ‘selamat’ untuk wanita di Kenya

Published

on

Ia benar-benar ada! Ini adalah perkampungan pertama di dunia yang hanya dihuni oleh para wanita sahaja. Kampung Umoja yang terletak di daerah Samburu, Kenya ini merupakan kampung yang dibangunkan untuk kaum wanita sahaja dan melarang orang lelaki dari kampung lain memasuki perkampungan mereka. Ia mula dikenali apabila seorang pengguna TikTok memuatnaik video tentang perkampungan ini menerusi akaunnya @themelomoon.

Untuk pengetahuan anda, Kampung Umoja telah dibina sekitar tahun 1990 oleh seorang wanita bernama Rebecca Lolosoli. Idea untuk membuat sebuah perkampungan hanya wanita terjadi semasa Rebecca dalam proses untuk sembuh dihospital, selepas dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki gara-gara bercakap mengenai hak kaum wanita dikampungnya sendiri.

@themelomoonThis is the only all women village I. The world! #greenscreen #fyp #foryou #girls #women #story #facts #YearOnTikTok♬ Steven Universe – L.Dre


Kejadian dia dipukul membuatkan Rebecca semakin berani untuk menyuarakan hasratnya untuk membina sebuah komuniti untuk kaum wanita sahaja. Pada permulaannya, Rebecca hanya membawa 15 orang wanita yang merupakan mangsa rogol untuk membina kampung untuk komuniti wanita sahaja.

Difahamkan perjalanan Rebecca untuk membangunkan perkampungan untuk komuniti wanita sahaja ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, apatah lagi apabila kaum lelaki dari perkampungan berdekatan menentang idea tersebut. Walaupun banyak halangan yang datang, akhirnya kampung ini berjaya dibina dan kini menjadi tempat tinggal buat wanita dan kanak-kanak yang memerlukan.

Kampung Umoja merupakan syurga dunia buat mangsa rogol dan keganasan rumahtangga dan ini adalah tujuan utama ia dibina. Ramai wanita dan gadis remaja dari kampung lain yang merupakan mangsa rogol dan keganasan rumahtangga, lari membawa diri dan anak-anak ke kampung ini untuk perlindungan dari kekejaman yang dilakukan ke atas diri mereka.

Walaupun kampung Umoja menghalang kaum lelaki dari kampung-kampung sekitar masuk ke kawasan mereka tetapi penduduk kampung tersebut masih menerima kehadiran pelancong asing. Demi kelangsungan hidup, para wanita kampung Umoja menggunakan kemahiran kraftangan bagi menghasilkan barang perhiasan dan menjualnya kepada pelancong yang bertandang ke kampung mereka. Dengan kemahiran kraftangan yang dimiliki, wanita di kampung Umoja dapat menjana pendapatan dan menyara diri dan anak-anak mereka.

Perkampungan seperti ini adalah satu inisiatif yang baik untuk membendung masalah yang dihadapi para wanita dan gadis remaja di Kenya memandangkan peratusan keganasan rumahtangga dan kes rogol di sana semakin membimbangkan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya

Sebuah Kampung Timbul Semula Selepas 30 Tahun ‘Ditelan’ Padang Pasir

 

 

 

 

Sumber: TikTok Themelomoon, LifeandTrendz

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement