Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Perangai Kedekut Antara Penyebab Rumah Tangga Musnah

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri..

Published

on

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri.”

Itu perumpamaan biasa yang sinonim dengan pasangan yang sudah berkahwin. Dalam sebuah perkahwinan memerlukan kedua-dua individu bertoleransi, berkerjasama dan mempunyai usaha untuk membina keluarga bahagia selamanya. Namun, adakalanya kita terlepas pandang atau terlanjur perbuatan sehingga menjadi racun yang boleh menggegarkan sebuah perhubungan. Salah faham memahami apa yang dibicarakan dan kurangnya komunikasi, semua itu boleh menimbulkan masalah dan tertutupnya pintu rezeki keluarga.

Rezeki yang dikurniakan dalam kehidupan berumah tangga bukan bermaksud keperluan kewangan semata-mata malah lebih daripada itu seperti rezeki kesihatan yang baik, rezeki dikurniakan tempat tinggal yang selesa. Ada beberapa perkara yang menyebabkan sesebuah perhubungan atau perkahwinan tidak bahagia disebabkan ‘rezeki’ dalam sebuah keluarga hilang. Anda boleh semak dan imbas perkara ini.

Bergaduh Hal Remeh – Ramai pasangan yang suka berbalah dan bergaduh hal yang remeh-temeh. Tahu atau tidak, hal sekecil kuman yang kerap kali dijadikan isu penyebab rumah tangga bergolak. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situ ada rezeki akan tersekat.

Tidak Percaya Pasangan – Salah satu rahsia membina kepercayaan dengan pasangan adalah saling berlaku jujur. Namun, ada juga orang yang susah sekali untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki kecurigaan terlalu tinggi dan berprasangka buruk pada pasangannya.

Suka Mengeluh – Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit. Kadangkala ada pasangan yang tidak ‘seronok’ dengan apa yang dimiliki. Ada suami  yang malu dengan bentuk fizikal isteri selepas melahirkan anak, oleh itu asyik merungut dan tidak selesa dengan pasangan sendiri. Si isteri pula mungkin tidak berpuas hati suami tidak mempunyai kerjaya yang stabil atau kenderaan yang besar. Ini semua punca bahagia makin menipis kerana tidak menerima kekurangan pasangan masing-masing.

Lebihkan Kerja Dari Keluarga – Cinta pada kerja lebih dari segalanya. Tidak salah buat anda yang sudah berumahtangga ingin memberi fokus kepada kerjaya. Namun dalam kesibukkan anda, jangan sesekali abaikan pasangan anda. Ambil masa untuk telefon atau mesej pasangan seketika. Beritahu mereka anda sangat sayang dan tidak sabar bertemu mereka setelah menyelesaikan sesuatu kerja. Jangan disebabkan anda terlampau sibuk, hingga balik ke rumah ingin pasangan dan anak-anak memahami anda dengan memberi ruang untuk berehat sahaja. Peluk dan berbual seketika dengan keluarga terlebih dahulu akan mencipta ruang kebahagiaan.

Kedekut – Jangan terlalu berkira-kira dengan pasangan sendiri. Perkahwinan adalah satu perkongsian. Menyalurkan sumber kewangan anda ke jalan yang betul memberi seribu macam kebaikan dan rezeki kepada sesebuah keluarga.

Pemarah & Baran – Jangan meninggikan suara dan bijak gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Orang yang pemarah dan baran punca utama racun yang akan binasakan perhubungan. Tanya siapa sahaja manusia di muka bumi ini adakah mereka suka disakiti secara fizikal atau mental?

Kurang Sabar – Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Sabar itu memang susah, tetapi ganjaran untuk individu yang penyabar itu sangat besar. Sabar dalam menguruskan rumah tangga, kerana ia tidak semudah yang disangka. Jangan sesekali bertindak melulu tanpa menyelidik setiap perkara yang berlaku. Contohnya, suami sering pulang kerja lambat, isteri jangan terus menuduh suami curang tanpa ada usul periksa. Boleh jadi si suami perlu berkerja lebih masa untuk mencari wang saku yang lebih. Begitu juga dengan suami, jangan mengagak isteri yang tidak berkerja duduk goyang kaki sahaja di rumah, sedangkan ada 1001 tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

Bertolak ansur amat penting dalam apa juga perhubungan, terutamanya perkahwinan. Jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu, bincanglah dalam keadaan yang tenang. Biarkan masing-masing menjelaskan pandangannya dan cari jalan penyelesaian setelah mengambil kira pandangan kedua-dua pihak.

 

Baca juga:

“Cocok Kalau Jadi Suami Isteri   Ramai Ingin Bunga & Ariel Bersama!

Isteri Dr Sheikh Muszaphar Dipaksa Bersalin Awal Kerana Preeklampsia

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement