Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Penggemar Somtam? Jom Buat 2 Jenis Somtam Ini

Berikut adalah dua jenis bahan membuat hidangan Somtam!

Published

on

“Sedapnya Somtam ni! Macam mana la dorang buat, “

Somtam adalah makanan tradisional yang popular di negara Thailand sehingga menjadi makanan kegemaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, masih ada di antara anda semua pasti keliru Somtam dengan Kerabu Mangga kerana dua menu ini bila dihidang akan kelihatan seakan sama padahal ia adalah dua menu yang berbeza.

Mulai hari ini, anda perlu ingat, Kerabu Mangga sah sah bahan utamanya adalah buah mangga muda dan Somtam pula bahan utamanya adalah betik muda!

Berikut adalah dua jenis bahan membuat hidangan Somtam!

Sumber: cariangoogle

Somtam Seafood Thailand

Bahan-bahan

  1. 5 ekor udangyang sudah dibersihkan
  2. 3 ekor sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa
  3. 1/2 sudu kicap ikan
  4. 2 batang cili padi
  5. 2 ulas bawang putih yang sudah di ketuk
  6. Garam secukup rasa
  7. 4 sudu kecil sirap gula merah
  8. 1/4 betik muda dihiris panjang-panjang
  9. 4 biji tomato di potong mengikut citarasa
  10. 3 batang kacang panjang di potong 1 cm
  11. 1/2 lobak merah dihiris panjang-panjang

Cara membuat

  1. Rebus udang dan sotong sehingga masak.
  2. Tumbuk manja bawang putih, cili padi bersama dalma lesung kayu.
  3. Kemudian, masukkan sirap gula merah, garam, kicap ikan, tomato, kacang panjang, lobak merah, betik muda dan tumbuk bersama sehingga rata.
  4. Seterusnya, masukkan rebusan sotong serta udang dan gaul bersama sehingga semuanya harmoni.
  5. Alihkan hidangan dari lesung kayu ke dalam pingan
  6. Hidangkan!

Sumber: googlecontent

Somtam Thailand

Bahan-bahan

  1. 1 mangkuk betik muda yang sudah dihiris halus
  2. 1 biji tomato yang sudah dipotong dadu
  3. 4 biji cili padi
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 biji limau nipis yang sudah diperah jusnya
  6. 2 sudu makan gula kabung Thai
  7. Kicap ikan secukupnya
  8. 1 sudu makan kacang tanah yang sudah di kisar manja
  9. 1 sudu makan udang kering Thai yang sudah digoreng
  10. Garam secukupnya

Cara memasak

  1. Masukkan gula kabung Thai dalam lesung kayu dan tumbuk sehingga hancur.
  2. Masukkan cili padi dan bawang putih an tumbuk manja.
  3. Kemudian masukkan tomato, kicap ikan dan jus limau nipis  secukupnya.
  4. Gaul sehingga harmoni dan sebatikan rasa agar seimbang rasa pedas, masin, manis dan sedikit rasa masam.
  5. Masukkan betik muda, udang kering dan kacang tanah serta sos yang telah disediakan tadi. Gaul sebati.
  6. Hidangkan!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Masa Yang Betul Jika Nak Kuning Telur Cair, Separuh Masak Atau…

Tin, Tong & Ketul, Jangan Keliru Perbezaan 3 Jenis Mentega Ini

 

 

Sumber: welcome to samui , blogspot ,  cooks , phatip

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement