Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Pengaruh Gadget Terhadap Anak-Anak, Terkawal Atau Tidak?

Pucuk pangkalnya, ibu bapalah yang perlu mainkan peranan penting dalam isu penggunaan gadget anak-anak…

Published

on

Rasanya ramai yang bersetuju sekiranya sekarang kita meletakkan gadget sebagai keperluan dan bukan lagi kehendak. Peredaran zaman telah membuktikan bahawa gadget boleh digunakan dalam kehidupan seharian bagi tujuan kerja dan juga pembelajaran. Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak, masalah penggunaan gadget dalam kalangan anak-anak tentu timbul akibat penggunaan gadget yang melampau. 

Walaupun kita mengakui zaman sekarang merupakan zaman gadget di mana anak-anak terdedah dengan penggunaan gadget seawal usia satu tahun, namun pemantauan penggunaan gadget tetap perlu dilakukan. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menghadkan masa anak-anak gunakan gadget dan juga pantau kandungan yang mereka lihat di media sosial. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menghindari masalah penggunaan gadget yang melampau bagi anak-anak. 

Penggunaan Tanpa Kawalan Boleh Batutkan Tumbesaran Otak

Bercakap mengenai penggunaan gadget dalam kalangan kanak-kanak, tentu kita risau adakah ia selamat digunakan oleh anak-anak kita. Menurut Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli, iaitu Pengasas Kinderkaizen, beliau menyatakan penggunaan gadget yang bersifat satu hala boleh membantutkan proses pemikiran dalam otak. Jadi adalah lebih sesuai sekiranya gadget yang diberikan itu mempunyai aplikasi berbentuk interaktif, yang boleh membantu proses tumbesaran otak kanak-kanak.

Dalam pada itu, Dr. Putri menambah walaupun ibu bapa sibuk dengan tugasan harian, mereka tetap perlu tahu bagaimana caranya untuk mengawal masa dan kandungan gadget itu untuk anak-anak. Katanya lagi, bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah, adalah bahaya untuk mendedahkan mereka kepada gadget dalam tempoh yang lama. Hal ini kerana, neuron mereka sedang giat terbina dalam usia itu dan memerlukan simulasi yang menyeluruh bagi membolehkan kanak-kanak tersebut melakukan gerakan yang normal. 

Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak tersebut terlalu kerap diberikan gadget sehingga usia enam tahun, tangannya hanya terbiasa memegang gadget sahaja. Ini akan membantutkan pergerakan jari mereka kerana hanya satu jari sahaja yang menerima simulasi pergerakan sepanjang tempoh tumbesarannya. Kesudahannya, anak tersebut tidak mampu menggenggam atau memegang barang lain kerana ototnya lemah.

Biarpun penggunaan gadget pada masa kini tidak boleh dielakkan, namun ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk seimbangkan perkara ini. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan meluangkan masa berkomunikasi dengan anak-anak. Walaupun kita sibuk dengan kerja, buatlah aturan aktiviti untuk anak di rumah, di samping kita juga berada berdekatan dengannya untuk mereka berkomunikasi dengan kita. 

Gadget Boleh Bawa Masalah Ketagihan

Sementara itu, menerusi perkongsian Puan Adlil Rajiah, atau lebih mesra dengan panggilan Puan Jiji, iaitu penulis buku keibubapaan, beliau menyatakan bahawa gadget ini bersifat addictive. Ia bukan addictive terhadap golongan kanak-kanak sahaja, malah golongan dewasa juga sebenarnya terkesan. Jadi sebagai ibu bapa, kawalan penggunaan gadget itu juga perlu bermula pada diri sendiri. 

Selain itu, beliau menyatakan ibu bapa sering keliru apabila melihat anak-anak fokus dengan proses pembelajaran menggunakan gadget. Bagaimanapun, apabila belajar menggunakan buku, anak-anak dilihat tidak fokus. Beliau menyatakan itu bukanlah fokus, tetapi sudah ketagih dengan penggunaan gadget. Berkongsi lanjut, ketagihan ini boleh dirawat dengan dua cara. Pertama adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap gadget, dan yang kedua meningkatkan hubungan dengan orang sekeliling. 

Jadi, sekiranya anak sudah dilihat seperti ketagih dengan gadget, bolehlah kurangkan penggunakan dan mula memperbanyakkan lagi komunikasi dengan anak-anak. Pucuk pangkalnya, ibu bapalah yang perlu mainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak menggunakan gadget dalam keadaan yang positif. 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Rakam Aksi Jurulatih Ketika Perlawanan?

Cari Bomoh Untuk Lakukan Upacara ‘Pindah Janin’ Akhirnya Dirogol Sebanyak 3 Kali

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement