Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Terpaksa C-Section Di ‘Red Zone’, Keluarkan Bayi Daripada Ibu Yang Sudah Tiada

Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.

Published

on

Cabaran seorang ibu mengandung sudah pastinya bukan gurauan dan tidak boleh dipandang enteng. Perubahan hormon, perubahan fizikal, morning sickness dan alahan lain sebenarnya sungguh menduga. Mungkin kerana itulah darjat seorang ibu itu diletakkan tinggi kerana pengorbanan mereka melibatkan nyawa.

Perkongsian seorang doktor ini di laman facebook membuka mata ramai. Katanya pengalaman terpaksa menyelamatkan bayi daripada seorang ibu yang sudah tiada patut dijadikan iktibar buat para suami.

Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.

“O&G nak buat perimortem caesarean di Red Zone.

Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”

“Caesarean di Red Zone?”

Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.

Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.

Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”

Saya macam tak percaya.

Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.

Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera. Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.

Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.

Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital. Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.

Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.

Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.

3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.

Suami patut lebih peka

Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.

Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.  Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.

Antara contoh layanan baik pada isteri:

Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.

– Penyakit apa yang dihadapi.

– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.

– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.

Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.

– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.

– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.

Ambil alih kerja-kerja di rumah.

– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.

– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.

Jadi pendengar yang baik.

– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.

Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.

– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.

– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.

Mengurut pinggang dan kaki isteri.

– Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.

Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia sudah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.  Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement