Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Penat Dengan Sikap Pasangan, Boleh Ke Isteri Ubah Sikap Suami?

Cuba kita lihat pada perspektif Islam.

Published

on

Dah penatlah dengan sikap suami aku ni. Pemalas, suka melenting, solat tak nak, tegur sikit nak marah, balik kerja asyik nak tengok movie je. Aku ni pun ada rasa penat jugak! Sikit pun tak tolong..”

Perempuan kalau dah penat dan fade-up dengan kerja rumah, tambah pula dengan perangai suami dengan anak-anak mulalah mulut berceloteh macam-macam apa yang terbeban dalam hati. Kadang-kala tu perkataan yang tak sepatutnya terkeluar.

Itu semua disebabkan penat dan stres dengan rutin harian tiap-tiap hari tak akan habis! Macam mana jalan penyelesaian dia? Tak lain tak bukan hiburkan hati dengan cari me time. Menurut pengacara, Nana Mahazan, me time kena ada pada setiap wanita terutama yang jadi suri rumah tangga sepenuh masa.

“Kita perempuan memang emosi terlampau sangat! Apa yang korang kena buat adalah puji diri sendiri. Tak apa kalau tak ada siapa puji korang. Paling penting diri kita sendiri kena keluarkan vibe positif tu. Orang lain tak nak berubah tak apa, kita ubah diri kita sendiri. Buat yang terbaik, jangan harapkan balasan,”

Mungkin ada yang beranggapan untuk mengelakkan stres, kita ubah sikap suami yang pemalas menjadi seorang ringan tulang tapi bolehkah kita? Lainlah kalau nak membentuk anak kecil.

Cuba kita lihat pada perspektif Islam. Jom kita dengarkan nasihat ringkas tentang hubungan dari salah seorang pendakwah bebas di The Solusi menerusi video di Facebook

Menurutnya, lebik baik kita berserah pada Yang Maha Esa kerana Dia lah yang memegang hati manusia. Dia yang boleh mengerakkan hati si suami untuk mengubah. Kita cuma berusaha dengan beri nasihat.

Semoga artikel ni bermanfaat buat anda semua yang sudah berumah tangga mahupun belum.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bakal Suami Batal Majlis Kahwin Secara Mengejut, Wanita Ini Akur ‘Photoshoot’ Seorang Diri

“Saya Selekeh, Tak Pandai Layan Suami”- Punca Wanita Ini Bercerai Buat Netizen Naik Angin

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement