Connect with us
Kool FM

Semasa

Pelik Tapi Benar, Wanita Ini Alergik Dengan Air Walaupun Dengan Air Liur & Peluh Sendiri

Menurut kajian Perubatan United States terdapat lebih kurang 100 kes penyakit ini dilaporkan.

Published

on

Seringkali kita mendengar alergik terhadap makanan seperti jeruk, kacang ataupun dengan habuk, debunga, debu, asap dan ini adalah satu perkara yang biasa kita dengar.

Tapi, tidak pada seorang wanita di luar negara, Tessa yang mengalami Aquagenic Urticaria atau lebih mudah, alergik terhadap air walaupun dengan air liur dan darahnya sendiri.

Malah, menurutnya dia hanya mandi antara sebulan atau dua bulan sekali kerana setiap kali kulitya terkena air pasti akan timbul ruam gatal, kemerah-merahan dan rasa yang tidak menyenangkan.

Sumber: instagram

“Penyakit ini saya dapat tahu bila usia saya lapan tahun dan lebih teruk lagi apabila saya bukan saja mengalami alergik air di bahagian luar badan tapi saya juga mengalami alergik bahagian dalaman juga.

Bila permukaan kulit saya atau bahagian dalaman terkena apa-apa air saya mesti akan rasa sakit sehingga boleh demam. Bila saya minum jus buah, makan buah atau sayuran pun, lidah saya gatal dan perut saya akan rasa cramp,” jelasnya pada sumber.

Tambahnya lagi, dia tidak memberitahu orang ramai kecuali keluarga terdekat kerana dia yakin pasti orang akan fikir dirinya seorang yang pengotor.

“Walaupun tak mandi tapi setiap hari saya tetap berus gigi untuk sekadar cukup syarat tapi itu pun membuatkan lidah saya rasa gatal dan timbul ruam di bahagian gusi. Sangat memeritkan!”

Tessa turut mengakui, dia turut mengalami alergik terhadap air mata dan darah datang bulannya sendiri sehingga menjadikan dirinya depresi dan anxiety kerana tertekan dengan penyakitnya ini.

Bagaimanapun, menurut kajian Perubatan United States terdapat lebih kurang 100 kes penyakit ini dilaporkan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:

Berderai Air Mata Diva AA Bila Luah Tentang Hubungan Dengan Ziana Zain

Apa Nak Buat Bila Kereta Ditenggelami Air Banjir

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement