Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Pelik! Pasangan Ini Beryoga Dengan Kambing

Syazana mengakui badannya terasa sedap apabila dipijak dengan kambing macam diurut. 

Published

on

Baca tajuk dah cukup buat dahi kita berkerut. Macam mana melakukan aktiviti senaman yoga dengan kambing?

Itulah yang dilakukan oleh pasangan ini, Iqbal Fathi dan Syazana Yazid yang menyertai satu kelas Yoga di Houston yang terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan dari kediaman mereka di Texas, Amerika Syarikat.

Sumber: twitter

Menurutnya dalam satu laporan, sebelum ini mereka ada melakukan senaman yoga tapi untuk senaman yoga kambing adalah pertama kali.

“Pada hari yang kami pergi, ada 14 peserta yang mana 10 ekor kambing baka Nigeria Dwarf disediakan untuk para peserta tapi bukan setiap peserta dapat seekor kambing sebab kambing tu semua hanya berkeliaran di sekitar kawasan situ. Jadi, kami dapat cuba empat ekor kambing pada setiap senaman yang berbeza,” jelas pemuda yang berasal dari Subang.

Dalam masa yang sama, isterinya, Syazana mengakui badannya terasa sedap apabila dipijak dengan kambing macam diurut.

“Kambing ni semua tak berat jadi mudah untuk biarkan kambing berada atas badan. Lagipun, senaman yoga mementingkan keseimbangan,” jelasnya.

Iqbal turut mengakui kesemua kambing disini tidak berbau langsung malah, belai dan peluk berlaga pipi lagi.

 

Baca juga:

COVID-19: Aktiviti senaman dalam rumah

Macam Mana Nak Mulakan Senaman Bila Umur Dah Cecah 40 Ke Atas?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: mstar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement