Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Peguam Terkenal Kongsi Cara Lakukan Tuntut Jika Terima Barang Rosak Dari J&T

Secara ringkasnya terma yang diberikan sangat menyebelahi pihak J&T tetapi masih ada ruang, cara dan langkah-langkahnya kepada kita sebagai pelanggan untuk membuat tuntutan.

Published

on

Syarikat kurier terkenal, J&T Express Sdn Bhd kini kerap menjadi bualan warganet selepas tular video beberapa orang pekerjanya melemparkan barang kerana mahu lakukan satu tunjuk perasaan di sebuah gudang di Perak. Walaupun pihak J&T sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka namun warganet masih lagi tidak senang duduk apabila barangan mereka diterima dalam keadaan yang tidak elok.

Tindakan pekerja mereka lakukan acara melempar barang sebagai tanda mogok adalah sangat tidak bermoral kerana ia bukan sahaja merugikan orang yang bakal menerimanya malah penjual juga akan terjejas terpaksa menanggung kerugian secara menyeluruh. Jika dilihat secara lebih luas, perbuatan buruk ini juga turut menjejaskan image pihak J&T dan dalam kisah mereka yang dikatakan berlaku kerana salah faham tentang bonus ini telah meruntuhkan kepercayaan pelanggan untuk pilih J&T sebagai kurier mereka.

Tidak dinafikan apabila barang yang kita beli sampai di rumah, pasti akan ada perasaan teruja untuk membuka bungkusan. Namun, jika barangan yang diterima itu rosak perasaan tadi mungkin akan bertukar menjadi negatif. Apabila situasi ini terjadi, mungkin ada lagi orang ramai yang keliru tindakan apa yang boleh diambil oleh mereka?

Menerusi satu perkongsian Puan Nor Zabetha, seorang peguam terkenal di Facebook telah berkongsi cara terbaik untuk melakukan tuntutan sekiranya ada terima baranagn yang rosak. Marilah kita bersama ikuti penjelasannya dan belajar perkara baru tentang tuntutan hak pelanggan.

Apa hak pengguna, apabila barang yang diterima rosak?

Misalnya insiden barangan J&T yang dikendalikan secara…

Posted by Nor Zabetha on Sunday, 7 February 2021

Menurutnya, Puan Zabetha telah membuat semakan kepada terma dan syarat bagi penghantaran oleh syarikat J&T. Dia dapati secara ringkasnya terma yang diberikan sangat menyebelahi pihak J&T tetapi masih ada ruang, cara dan langkah-langkahnya kepada kita sebagai pelanggan untuk membuat tuntutan.

Berdasarkan terma dan syarat J&T, ini cara-cara untuk menuntut barang rosak atau pecah akibat insiden baru-baru ini:

  1. Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. Terlepas 48 jam ini, J&T ada hak untuk tolak permohonan kita
  2. Aduan atau tuntutan boleh call hotline 24 jam mereka iaitu di 1300-80-9000 atau membuat penghantaran e-mail kepada pihak J&T.
  3. Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis. Jadi kalau anda adalah penerima, anda perlu dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.
  4. Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.
  5. Sediakan juga gambar-gambar kerosakan. J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya.
  6. Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya. Sebagai contoh, bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.

Puan Zabetha turut berpendapat bahawa pengendalian barangan pelanggan haruslah dilaksanakan dengan baik kerena pelanggan telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menghantar barang tersebut. Dia juga sempat membuat satu luahan dimana pihak J&T juga seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik dan mematuhi terma dan syarat penghantaran. Apa pun, semoga info yang dikongsikan ini dapat memudahkan proses tuntutan barangan rosak anda.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Walau Maaf Dipohon, Pelanggan Masih Marah Dengan Barangan Rosak Yang Diterima

Siapa Patut Dipersalahkan Bila Barang Kurier Rosak?

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Nor Zabetha

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement