Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Pak Utih Buat Kelas Free Di Facebook Dan TikTok Khas Buat Para Lelaki

Suami isteri kena tahu ni..

Published

on

Kalau nak dibandingkan siapa lebih complicated antara lelaki dan wanita mungkin tiada kesudahannya. Kedua lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangannya tetapi orang kata women always right, iya ke? Namun, tidak dinafikan yang ada sesetengah orang perempuan lebih suka bermain teka teki dan berharap orang lelaki faham tapi lepas itu sis sendu sebab mereka masih tak faham-faham.. alamak?

Mungkin para lelaki confuse sebab kadang kala para wanita ini mulut kata ‘ya’ tapi hati kata ‘tidak’, perut kata ‘lapar’ tapi kepala pula menggeleng.. setuju ke para lelaki? Baru-baru ini, telah tular di media sosial tentang individu bernama ‘Pak Utih’. Siapa Pak Utih?

Pak Utih telah berkongsi nasihat rumah tangga kepada para bakal suami menerusi akaun TikTok dan dimuat naik semula di akaun Facebook beliau. Di dalam setiap video Pak Utih akan memberikan tips kepada para bakal suami tentang cara-cara untuk memahami bakal isteri dengan lebih baik.

Nasihat yang dikongsi oleh Pak Utih telah mendapat sambutan baik dari para netizen. Ramai di kalangan wanita juga bersetuju dengan tips-tips yang diberikan Pak Utih kerana katanya wanita memang suka berkias tapi suami sahaja yang tidak faham. Bukan wanita sengaja nak berkias, kadang kala nak jaga hati suami.. betul tak kak Kiah? Eh!

Apapun, janganlah kita bandingkan diri dan pasangan kita dengan pasangan lain kerana setiap orang itu berbeza-beza. Kalau anda masih mencari lagi jawapan untuk selesaikan ‘misteri’ pasangan anda, mungkin anda boleh ikuti nasihat dari Pak Utih, mana tahu mungkin akan raih lebih kasih sayang? Kepada para lelaki, bakal suami atau pun sudah bergelar sang suami, bolehlah menimba ilmu tentang tips-tips untuk memahami pasangan anda dengan lebih baik.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Telefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial

Kerana 8 Ribu, Suami Isteri Ini Dipukul

 

 

 

 

Sumber: Facebook Pak Utih

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement