Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Oh No! Sikap Ini Buat Ramai Wanita Nampak Hodoh

Bagaimana pula dengan peribadi anda?

Published

on

Muka dah cantik rupawan, badan langsing dan tinggi lampai tetapi perangai menjelikkan pun tak guna juga. Untuk jadi cantik luaran memang senang dan mudah, pakai sahaja alat solek atau gayakan pelbagai pakaian menarik, ‘ting!’ terus bertukar macam model terkenal. Tetapi itu hanya dapat tutup cela luaran anda sahaja. Bagaimana pula dengan peribadi anda?

Anda perlu ingat, cantik itu bukan sahaja pada paras rupa tetapi keseluruhan diri termasuk hati, budi dan perangai. Adab dan sikap terpuji itu sebenarnya kecantikkan paling tinggi sekali kedudukannya kemudian baru rupa paras dan bentuk badan.

Semakin hari, usia muda semakin meninggalkan kita, oleh itu terus kekalkan kecantikan itu agar anda akan diingati sampai bila-bila. Jangan pula nanti ada yang cakap-cakap belakang seperti ‘muka sahaja cantik, tetapi hati busuk!’ atau ‘dah la tak cantik dan tua, perangai pun buruk!’. Cuba semak ini, jika ada perangai ini berkaitan anda, boleh la cuba ubah ya.

via GIPHY

 

  • Tiada Rasa Hormat

Ada setengah wanita nama sahaja ada kerjaya dan pangkat yang tinggi, tetapi tidak mahu menghormati kedua ibu bapa atau mertuanya. Tanpa segan silu naik suara dan memarahi kedua ibu bapa yang sudah tua di hadapan orang lain. Lebih menyedihkan, ada yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka yang uzur lalu terus menghantar ke pusat penjagaan warga emas. Mereka layak digelar si tanggang!

via GIPHY

 

  • Terlalu Bangga Diri

Tidak salah untuk berbangga dengan diri anda dek kerana kehebatan atau kesempurnaan diri. Tetapi jangan over sampai angkat bakul sendiri atau mengecilkan kebolehan orang lain yang tidak sehebat anda. Memang anda terus nampak buruk!

via GIPHY

 

  • Baran Tak Kena Gaya

Wanita memang terkenal dengan sikap baran dan emosi yang berubah. Ini adalah perkara biasa kerana hormon yang tidak menentu. Tetapi itu tidak bermakna anda dibenarkan untuk menjadi seorang pemarah setiap masa dan waktu.  Individu yang mudah marah dan cepat kecil hati adalah individu yang tidak digemari untuk dijadikan sahabat. Jadi ubah sikap ini jika mahu ramai kawan menyenangi sikap anda.

  • Kuat Merajuk

Kuat merajuk kononnya tanda wanita itu sangat manja. Boleh nak merajuk, tetapi berpada dan kena pada tempatnya. Bukannya hanya sebab tidak diundang makan di rumah kenalan bersama teman-teman lain, anda merajuk sehingga berbulan-bulan tidak mahu bertegur sapa dengan mereka. Perkara itu menjengkelkan lebih-lebih lagi apabila usia makin meningkat. Percayalah! Silap hari bulan, orang sudah malas hendak layan perangai kuat merajuk anda.

  • Kasar & Penindas

Ada wanita yang kasar sehingga menyakitkan perasaan dan tubuh badan orang lain. Tanpa segan silu gemar menjerit-jerit memalukan orang lain hanya kerana satu kesilapan kecil. Agak melampau kan? Lebih buruk ada yang membahayakan nyawa orang lain seperti memukul dan mendera fizikal. Jika anda tergolong dalam wanita yang bersikap sebegini, tolong ubah perangai dengan segera. Silap hari bulan, ada yang melaporkan kepada pihak berkuasa, maka bermalamlah anda di dalam penjara.

  • Dia Sahaja Betul

Ada wanita yang tidak boleh ditegur atau diberi pendapat. Ini sikap paling buruk buat orang ramai menyampah dah meluat dengan anda tau. Jangan asyik rasa diri sendiri sahaja betul. Anda perlu ingat yang tiada manusia yang sempurna dan tahu segala benda.

via GIPHY

 

  • Kuat membebel

Ada wanita suka sangat bercakap tak berhenti. Apa yang keluar dari setiap mulutnya sangat menyakitkan hati walaupun ada benarnya apa yang diucapkan. Fuh! Ini memang sikap bukan sahaja lelaki pantang, wanita sendiri pun ada yang tidak suka individu yang kuat membebel tanpa sebab. Nak berleter tak salah, tapi biar kena pada tempat dan masa. Yang penting, jangan 24 jam nak berleter hingga buat orang rasa meluat dan menyampah.

 

Baca juga:

Kahwin Cerai Sudah 10 Kali, Wanita Ini Ingin Cari Mr. Right

(VIDEO) Umur 23 Tahun 25 Anak, 40 Tahun Wanita Ini Ada 44 Orang Anak Kandung!

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement