Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Mudah Dan Berkesan! 3 Bahan Untuk Bersihkan Papan Pemotong

Guna 3 bahan je sis!

Published

on

Dapur ibarat jantung untuk sebuah rumah. Lebih lagi dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini buatkan kita lebih kerap ke dapur. Ha,betul tak? Tidak kira sudah berkahwin atau masih bujang, sepanjang PKPB ini boleh dikatakan dapur akan selalu berasap. Masakan menjadi atau tidak itu cerita lain sebab kali ini kami nak kongsikan cara mudah untuk bersihkan papan pemotong yang sering kali orang terlepas pandang akan kepentingan kebersihannya.

via GIPHY

Untuk papan pemotong plastik agak sukar untuk kita bersihkan, walaupun sis dah sental bagai tiada hari esok tapi akan ada kesan yang akan tertinggal. Jangan risau, ini caranya untuk buatkan papan pemotong kita nampak baru!

Bahan yang diperlukan ialah:

  1. Limau nipis atau lemon
  2. Baking soda
  3. Cuka

Cara-caranya pula ialah:

  1. Sebiji limau nipis dibelah dua
  2. Ambil baking soda dan taburkan di atas permukaan papan pemotong
  3. Gosok papan pemotong menggunakan sebelah limau nipis
  4. Biarkan papan pemotong serap bahan tadi selama 10 minit
  5. Ambil sebelah lagi potongan limau nipis tadi dan sambung gosok lagi permukaan papan pemotong sehingga puas hati
  6. Tuang cuka dan gosok lagi sehingga kotoran hilang. Kalau nak lagi puas hati, anda boleh gosok menggunakan berus dawai.
  7. Bilas sehingga bersih dan siap!

Kalau masih keliru, anda boleh lihat video yang dikongsikan di bawah:

 

 

Baca juga:

Tin, Tong,  Ketul, Jangan Keliru Perbezaan 3 Jenis Mentega Ini

Jangan Salah Beli! Ini Beza Antara Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

 

 

 

 

 

Sumber: YouTube A2Z Star

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement