Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Manis-Manis Lemak! Jom Sarapan Dengan Roti Telur Kaya

Macam Roti Titab tapi konsep resipi yang kami nak kongsikan kali ni, lain sikit!

Published

on

Selalu kalau sarapan pagi tekak asia mesti nak makan nasi goreng, mi goreng, nasi lemak atau roti canai kan? Apa kata,  kita buat lain sikit dengan hidangan yang simple dan mengenyangkan.

Roti Telur Kaya! Mesti ada yang membayangkan sekeping roti disapu kaya dan dihidangkan bersama telur separa masak macam Roti Titab tu kan? Namun, konsep resipi yang kami nak kongsikan kali ni, lain sikit!

Nak tahu caranya bagaimana, jom kita lihat bahan dan cara penyediaan hidangan ini.

Bahan-bahan

  1. Telur 2 biji.
  2. Roti 10 keping.
  3. Keju ikut citarasa sendiri.
  4. Kaya.
  5. Planta.

Cara penyediaan

  1. Telur dan keju dipukul sehingga kembang.
  2. Sementara itu, panaskan kuali leper dengan planta.
  3. Celup roti ke dalam telur dan keju yang sudah dipukul sehingga kembang.
  4. Kemudian, susun di atas kuali leper.
  5. Masak sehingga warna coklat keemasan.
  6. Akhir sekali sapukan dengan kaya.
  7. Hidangkan!

Mudah dan nampak sedap kan? Kalau tak suka manis sangat, tak apa. Sapukan kaya dengan kuantiti yang sedikit.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Guna Duit Gaji Yang Diterima Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Raih Simpati Warganet

Suka Makan Mi Goreng Mamak? Ini Sebab Ia Sering Dihidangkan Bersama Limau Nipis

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement