Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Malam Tak Elok Bersenam? Doktor Ini Kongsi Waktu Paling Tepat Untuk Bersukan

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengepilkan sekeping gambar para doktor pakar dan professor perubatan melakukan aktiviti atas padang pada waktu malam.

Published

on

“Malam-malam ni, tak payah lah bersukan. Mana elok. Bahaya. Esok pagi je la. Baru waktu yang sesuai”

Mesti pernah dengar nasihat ni daripada orang sekeliling kita kan? Kononnya kesihatan akan terjejas kerana gagal menguruskan rutin jadual harian sekaligus membuatkan badan terasa lebih penat dan lesu kerana tubuh dipaksa bekerja pada waktu yang salah.

Persoalannya, betul ke? Berikutan itu seorang pegawai perubatan dan kesihatan, doktor Afiq Rahim tampil menjelaskan isu ini kerana masyarakat telah dihantui dengan mitos yang merepek dan tidak masuk akal. Kebetulan beliau dijemput satu sesi menemubual di sebuah stesen radio mengenai isu ini.

Menurutnya, setelah menelaah beberapa kajian yang dilakukan tentang kesan bersenam pada waktu malam terhadap kesihatan, sebenarnya ia tidak langsung memberi kesan buruk malah sebaliknya.

Jom lihat penerangan beliau di bawah menerusi coretannya di akaun twitter miliknya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengepilkan sekeping gambar para doktor pakar dan professor perubatan melakukan aktiviti atas padang pada waktu malam.

Tapi, sebelum ingin melakukan senaman waktu malam seperti berbasikal atau berlari, pastikan anda memakai alatan keselamatan. Misalnya memakai topi basikal, pasang lampu keselamatan basikal depan dan belakang dalam keadaan baik supaya kenderaan belakang tidak merempuh.

Selain itu, jika melakukan aktiviti larian, sebaiknya pakai lampu kepala supaya kenderaan di jalan raya dapat melihat kehadiran anda di tepi jalan.

Namun walau apa pun, jangan memaksa diri jika terlalu penat. Pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu supaya lebih yakin okay? Yelah, tahap kesihatan diri setiap individu kan berbeza.

Kesimpulannya, sebelum nak menyebarkan atau ingin mempercayai sesuatu fakta semak dan kaji terlebih dahulu sama ada betul atau tidak dan pastikan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti diutamakan. Selamat bersukan!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bekas Pemain Kelantan, Daudsu Jamaluddin Pilih Kerjaya E-Sukan

Rakan Sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement